LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelumba Cub Prix , Hafiz Nor Azman meninggal

Pelumba Cub Prix dalam saingan CP 150 , Md Hafiz Nor Azman meninggal selepas terbabit dalam kemalangan dalam pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Dataran Bandar Penawar pada petang Ahad.
Hafiz disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi selepas mengalami kemalangan dalam pusingan 10 kejuaraan Cub Prix tersebut.

Beliau yang baru berusia 21 tahun itu mewakili Petronas Racing Team-CKJ dan menggalas tanggungjawab sebagai pelumba harapan pasukan berkenaan dalam kategori CP150.
Dalam satu kenyataan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) mereka akan menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat insiden tersebut. Menurut Pengerusi AAM, Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, jawatankuasa itu akan ditubuhkan selepas pihaknya menerima semua dokumen berkaitan insiden tersebut.
Litar itu sudah diperiksa Inspektor Rasmi Sirkit AAM pada Jumaat, 14 Disember 2018 bagi memastikan kesemua ciri-ciri keselamatan dan penghadang berada di kedudukan sepatutnya untuk perlumbaan.

“Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan dalam tempoh beberapa hari ini selepas menerima kesemua dokumen berkaitan untuk menyiasat insiden itu.

“Kami ingin menyampaikan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada seluruh keluarga dan rakan-rakan Mohd Hafiz Nor Azman,” katanya.

Ini adalah insiden kemalangan jiwa kedua membabitkan pelumba cub prix dalam tempoh dua tahun selepas pelumba kelas CP150, Norizman Ismail meninggal dunia pada sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, Mei tahun lalu.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing itu disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke penghadang tepi litar sebelum dirempuh jenteranya sendiri.

Sumber:-HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)