LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelumba Basikal Terengganu Maut dalam kemalangan ketika latihan

Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal Terengganu yang maut di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada pagi Rabu. Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Asmu’i Ali @ Awang, atlet lumba basikal pelapis kebangsaan berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu terjatuh dan dilanngar van pengiring . Mangsa yang berlatih bersama beberapa pelumba lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kriterium di Sepang Ahad ini.
Berikutan kemalangan itu, misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan.

Ini merupakan insiden kedua yang meragut nyawa pelumba basikal Terengganu pada tahun ini apabila seorang lagi atlet pelapis lumba basikal bawah 15 tahun maut digilis treler pada 5 Jun lalu.

Sumber :- BERNAMA
UTUSAN ONLINE

Gambar Hiasan

Nampaknya kemalangan yang berlaku ini amat mendukacitakan dan pasti satu kehilangan yang besar kepada sukan negara apatah lagi kita ketahui bahawa Terengganu banyak melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia. Diharap pihak berkaitan mengambil serius tentang keselamatan dan kebajikan pelumba basikal terutamanya pelumba jalanraya yang berisiko tinggi untuk berhadapan dengan kemalangan. Kebajikan juga perlu dijaga dengan meng’insurans’kan pelumba-pelumba basikal ini dengan sebaik-baiknya supaya mereka ataupun waris mempunyai sedikit bantuan sekiranya berlaku apa-apa kejadian buruk ketika berlatih mahupun beraksi.
Ini bagi memastikan ibubapa tidak takut untuk membenarkan anak mereka menceburi sukan ini sekaligus memberikan impak negatif kepada sukan lumba basikal negara yang baru je ingin meningkat. Kes-kes sebegini mampu membantutkan perkembangan sukan lumba basikal di negara kita..

Sekian

p/s :- Ada rakan-rakan yang mempamerkan gambar kemalangan tersebut. Rasanya tak perlulah saya nak letakkan di blog ini bagi menghormati mangsa. Lebih elok sedekahkan al-fatihah buat keluarga si mangsa..

8 thoughts on “Pelumba Basikal Terengganu Maut dalam kemalangan ketika latihan

  1. salam..berasa simpati pada keluarga terbabit..sabarlah dugaan itu semua datangnya dari Allah..

    moga tabah selalu

  2. Saya selalu highlight bahawa jalanraya negara kita tak mesra pejalan kaki dan pengayuh basikal. Kita tak pandang jauh dalam hal ini, kita seolah-olah mahu rakyat menjauhi basikal sedangkan itu satu aktiviti baik untuk kesihatan

    1. itulah.. agensi berkaitan kena ambil berat hal ni.. sepatutnya masa latihan pun kena ada peronda selain van pengiring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.