Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelumba basikal negara, Josiah Ng kemalangan di Kejohanan Dunia Mexico

Pelumba basikal negara yang sedang menyertai kejohanan basikal Dunia dalam acara keirin telah mengalami kemalangan. Dalam kemalangan tersebut, pelumba basikal negara itu telah mengalami kecederaan dimana beliau patah beberapa tulang rusuk dan tulang selangka.
Menurut laporan yang disediakan oleh pegawai Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Lois Chenaile Josiah Ng telah terlibat dalam kemalangan ketika sesi kelayakan kedua.
josiah-ng-cedera

Sumber :- ElUniversal

Satu berita yang amat mendukacitakan untuk skuad berbasikal negara. Seperti yang kita sedia maklum, Josiah Ng merupakan antara pelumba basikal elit Malaysia yang bertaraf dunia selain dari Azizulhasni Awang.

josiah-ng
Sumber Gambar : Twitter Star Sport My

Kalau tengok gambar ni nampak agak serius kecederaan yang dialami tu dan mungkin kecederaan ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Memang ini antara cabaran bila menjadi ahli sukan, kecederaan adalah risiko yang perlu dihadapi. Kadangkala kecederaan mampu menutup terus kerjaya para atlit namun tak ramai yang memahami tugas atlit. Ramai dari kita yang lebih banyak mengutuk tanpa mengetahui betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.

Apapun semoga beliau mampu sembuh secepat mungkin dan beraksi untuk mengharumkan lagi nama negara dalam arena sukan lumba basikal.Adakah beliau akan bersara atau masih berjuang selepas ini?

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pelumba basikal negara, Josiah Ng kemalangan di Kejohanan Dunia Mexico

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)