post

Pelumba basikal jalan perniagaan basikal

Pelumba lebuh raya negara, Sofian Nabil Omar tidak buntu dalam menghadapi krisis COVID-19. Ketika kebanyakan atlet terpaksa berdiam diri hanya menjalankan latihan sendiri, Sofian Nabil Omar menggunakan peluang ini untuk mengusahakan perniagaan basikal lebuh raya.
Kedainya menjadi tumpuan ramai bagi peminat sukan itu.

“Sampai satu tahap saya hendak buka kedai tetapi kosong, cuma tinggal siling sahaja. Seminggu saya terpaksa tunggu stok baru.

“Kalau mereka tempah basikal, mereka tetap setia walaupun terpaksa tunggu lama. Berbeza kalau dulu mereka akan batalkan tempahan.

“Perniagaan basikal ini alhamdulillah sangat-sangat baik,” katanya ketika ditemui wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, di kedainya, Lion Bike Studio, di Seri Kembangan, Selangor.

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan basikal menjadi sukan yang digunakan sebagai aktiviti riadah.
“Mungkin kerana sukan berbasikal ini ada penjarakan fizikal, sebab itu kerajaan benarkan (dalam PKP).

“Lagipun selepas ramai artis berkayuh, ia membuatkan permintaan terhadap basikal semakin tinggi.”

Sumber :-Stadium ASTRO

Satu peluang yang diusahakan oleh atlet negara. Ini sedikit sebanyak mengisi masa lapang dan menambah pendapatan mereka yang terjejas.
Untuk keterangan lanjut boleh ke Facebook beliau Sofian Nabil Omar

Not Just A Racer On Bike, Pro Rider Runs His Own Bike Shop

Instagram Sofian Nabil Omar

Lokasi Lion Bike Studio

https://goo.gl/maps/eVHByzAmQoaSp4578

Beli Basikal Online di Amazon

https://amzn.to/3o6hdIy

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.