LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelumba Afridza Munandar meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Litar Sepang

KUALA LUMPUR: Salah seorang pelumba untuk perlumbaan sokongan sempena Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup, Afridza Munandar disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada petang Sabtu.

MotoGP dalam satu kenyataan, menyatakan kemalangan tersebut berlaku di selekoh 10 pusingan pertama perlumbaan satu sebelum bendera merah dikibarkan sejurus selepas insiden.

Pelumba yang berusia 20 tahun itu pada awalnya telah diberikan rawatan perubatan di tepi litar sebelum dikejarkan ke hospital.

Namun Afridza tidak dapat diselamatkan semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan helikopter.

Pada pusingan terakhir musim di SIC itu, Afridza yang berasal dari Indonesia, sedang bersaing sengit memburu penamat dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.

Untuk rekod musim ini, Afridza telah meraih dua kemenangan, dua penamat di tempat kedua dan ketiga.

Afridza juga sudah mengumpul 142 mata untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dan ketinggalan 15 mata di belakang pelumba kedua, Sho Nishimura dari Jepun dan 27 mata di belakang pendahulu yang juga dari Jepun, Takuma Matsuyama.

Sumber :-Astro Awani

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)