Peluang untuk RM19,000 untuk rakam aksi SUKMA

Bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) Perak pada 12 hingga 22 September ini, anda yang minat dalam seni foto berpeluang untuk memenangi hadiah dalam pertandingan fotografi.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Tourism Perak Management Berhad, Persatuan Fotografi Komersial Malaysia, Persatuan Fotografi Perak, Kelab Media Perak dan NewB Photo Art Perak itu terbuka kepada peminat seni foto tempatan dan luar negara.

Nilai hadiah berjumlah RM19,000 itu melibatkan hadiah utama wang tunai RM10,000 pertandingan ini turut menawarkan RM3,000 kepada pemenang hadiah emas; RM2,000 pemenang hadiah perak dan RM1,000 kepada pemenang hadiah gangsa selain 10 hadiah merit dan 10 hadiah saguhati.
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri menyokong usaha pertandingan itu kerana ia dapat membantu untuk mempromosikan temasya sukan dwi tahunan negara itu.

“Sebagai rakyat Perak, kami berasa bangga kerana terpilih sebagai tuan rumah dan pertandingan ini akan menyemarakkan lagi temasya SUKMA kali ini. “Pertandingan fotografi ini amat penting untuk mengabadikan kenangan sepanjang temasya yang buat pertama kali diadakan di semua 12 daerah di Perak,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, har? ini.
Ahmad Faizal berkata, pertandingan itu diharap bukan sahaja dapat menarik peminat seni foto tetapi turut mencungkil bakat baru dalam bidang fotografi. “Pertandingan ini akan menyemarakkan minat orang ramai terhadap bidang fotografi dan mencungkil bakat dan pastinya mencabar kerana memerlukan kemahiran merakamkan aksi sukan.

“Setiap gambar yang menang akan dipamerkan kepada orang ramai. Oleh itu saya mengajak orang ramai untuk meneliti gambar pemenang di AEON Big Falim yang menyediakan ruang untuk pameran,” katanya.

Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman Facebook New B Photo Art Perak dan borang penyertaan serta gambar diambil perlu diserahkan di SLR Centre (New World Shopping Mall), 2, Lot GA, Jalan Foo Yet Kai, Ipoh dengan tarikh tutup pada 13 Oktober ini.

 

Sumber :-HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives