LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pelari muda Melaka lebur rekod kebangsaan Watson Nyambek

Pelari muda negara, Khairul Hafiz Jantan yang mewakili Melaka dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 melakukan larian bertenaga sekaligus meleburkan rekod kebangsaan acara 100 meter yang sebelum ini dimiliki oleh lagenda Watson Nyambek.
Larian pantas itu dilakukan di Stadium Sarawak, Kuching dengan catatan masa 10.18 saat jauh dari catatan yang dipecahkan iaitu 10.30 saat oleh Watsun Nyambek pada 18 tahun yang lalu.

khairul-hafiz-jantan

Khairul yang sebelum ini layak ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Poland baru-baru ini merangkun emas manakala atlet tuan rumah, Jonathan Nyepa berjaya merangkul Perak manakala rakan senegeri Badrul Hisyam pula mendapat gangsa.
Catatan oleh kedua-dua atlet ini adalah 10.36 saat namun Jonathan Nyepa diberikan perak berdasarkan keputusan ‘photo finish’.

Sudah pasti kejayaan ini satu pencapaian luar dugaan kerana mampu mencatat masa yang cukup baik. Nampaknya keputusan beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2016 di Poland baru-baru ini memberikan impak positif kepada prestasi beliau.
Selain itu, diharap pencabarnya patut mempertingkatkan kualiti bagi mencabar Khairul Hafiz. Rakan sepelatih, Badrul yang lebih dahulu mendapat kemasyhuran perlu memikirkan semula kesilapan yang dilakukan untuk bangkit dan mengejar prestasi Khairul.

Lihat sahaja kejayaan Khairul yang bermula dengan menjuarai Kejohanan Junior Asia di Ho Chin Minh pada Jun lalu dan seterusnya bersaing hingga ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2016. Prestasi beliau seterusnya memuncak di Kejohanan SUKMA 2016 dengan memecahkan rekod kebangsaan. Bukan mudah tapi ianya satu kejayaan buat pelari berumur 18 tahun ini.

Pastinya dengan kejayaan ini memberikan potensi untuk negara merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017. Malahan ada juga yang menginginkan agar Khairul diberikan peluang di Sukan Olimpik Rio memandangkan masa yang dicatatkan sepatutnya layak untuk bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016.
Cuma tarikh kelayakan telah tutup. Namun mungkin pihak KOAM boleh membantu sekiranya mereka ingin melihat jagoan muda ini beraksi di Olimpik.

Semoga Khairul dan para atlet terus maju lagi. Jangan hanya di peringkat SUKMA, sebaliknya cuba tawan ke peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Pelari muda Melaka lebur rekod kebangsaan Watson Nyambek

  1. Tahniah buat atlet pecut 100m Melaka, Khairul Hafiz Jantan. Semoga bakat yang beliau miliki dapat digilap supaya dapat mengharumkan negara dalam acara ini pada masa akan datang…. Mungkin beliau berpotensi untuk menang pingat di Olimpik dalam tempoh 4 tahun lagi..

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)