Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya terbaca di Kosmo tentang kisah pelajar perempuan bertumbuk di surau.. Bukan setakat memukul malahan aksi selama 30 minit itu dirakam dalam telefon bimbit.. Waduh-waduh budak-budak sekarang ni memang gila betul.. Dah le buat jahat lepas tu ditunjukkan bukti.. Nampaknya dengan tersebarnya video tersebut dala youtube mungkin nampaknya ‘gangster-gangster’ ni akan dibawa ke muka pengadilan. Kepada tukang rakam dan tukang sorak harap-harapnya dapatlah di bawa ke Sekolah yang lebih sesuai.. Rasanya elok kalau diorang ni dibawa ke sekolah gusti kat Stampede, Canada sana.. Kurang-kurang esok dah besar boleh jadi penggusti wanita.. Ye lah dari sibuk nak tunjuk kuat kat sini. Manakala yang tukang sorak pula boleh jadi antara penonton berbayar kat WWE sana.. Lagi bagus…

Kredit Gambar dan Bandwith
Berita penuh Kosmo.…
Selamba badak je dia lepuk budak tu ek…
p/s :- Cadangan tersebut hanya sekadar gurauan atas ketidakpuasan hati mereka.. Jangan diambil serius ye tuan puan.
p/s :- Sedikit tambahan..
(14 July 2009)
Terbaca suratkhabar Harian Metro mengenai perkara ini.. Diberitakan bahawa 2 orang kawan baik dipaksa bergaduh sesama sendiri di surau tu… Umur masing-masing baru 13 tahun tapi dah bertindak kejam camni. Lepas tu mereka berbangga dengan tindakan mereka.. Pada saya tiada jalan lain, hukuman berat perlu dikenakan. Setakat kaunseling memang tak jalan. Buang sekolah pun tak boleh.. Hantar saja ke sekolah Juvana.. Itu peluang terakhir mereka.. Hidup sekali dan peluang tidak akan datang berulang kali…

















dah takde keje lain ke budak tu? kalau nak pukul org pun, tak yah la buat koleksi video.. itu bodoh namanya kalau dah tersebar.. nak tunjuk power la konon.. bro zool dah tgk video tu ke?
Reply
zool
Reply:
July 13th, 2009 at 4:08 pm
tak rajin de aku nak tgk.. baik aku tgk anime One piece..
Lagi seronok
Reply
kalau nak tengok rupa generasi akan datang tengoklah kelakuan remaja sekarang ini. nampaknya makin teruk dan parah. so, kena ada satu mekanisma/tindakan supaya perkara macam ni tak berulang bukan setakat buat salah mesti dihukum.
hukuman biarlah berserta pendidikan kepada yang lain supaya tak buat perkara yang sama. persoalannya sampai bila kita mesti dikhabarkan dengan benda-benda ini? hari-hari ada saja masalah sosial remaja. bukan setakat gansterisma tapi seks bebas, buang anak, rempit dan macam2 lagi.
hari ini berita lapor, kita baca, geleng kepala dan marah! lepas tu esok lusa lupa. timbul kisah baru, baca lagi. geleng kepala. tuduh mak bapak tak pandai jaga anak dan macam2 lagi.
sebagai rakyat malaysia yang perihatin kita kena buat sesuatu. memang tak terjadi pada keluarga kita. manalah tau kan. akan datang kita bakal ada anak dan anak kita jadi mangsa atau pemangsa. so?
pada pandangan aku. pendidikan bukan setakat dari rumah tapi sekolah pun penting. kalau belajar bahasa inggeris 2 jam sehari, agama pun mestilah 2 jam atau lebih sehari. ibu-bapa sekarang sibuk cari DUIT. maka sekolah tempat kedua mendidik. mungkin kena gubal silibus sekolah supaya utamakan pendidikan rohani dari mengejar duniawi sahaja.
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2009 at 6:09 pm
panjang nya.. tapi aku setuju hukuman beserta pendidikan pada yang lain.. setakat kena hukum gantung sekolah apedehal…
esok cari sekolah lain..
Reply
Bosan bosan bosan! Tak habis2 dengan berita pasal benda ni. Saffa tak faham betul lah apa yang dyeorang fikirkan ni!
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2009 at 8:27 am
ntahla..
diorang ni tak pk masa depan… kalau diorang pk masa depan tak jadi camni..
Reply
mana budak belajar buat semua ni.kalau bukan rancangan penyamun buatan orang barat.
Reply
Slm zool,
Moga sihat2 hendaknya..:) benda ni sbnrnya dari zaman kita dah ada..cuma teknologi tu tak sampai lagi untuk tunjuk kepada umum..aku ingat lagi dulu kat sekolah budak perempuan bertumbuk ngan orang lelaki..sampai berguling2..tapi takde hp nak rakam,hehe..tu sekolah agama tau..:) sbb tu aku tak hairan sangat benda tu..
Darah muda diaorg ni tak boleh dilawan ngan cara keras dan kasar..ia akan buat mereka makin memberontak..sama macam kita juga dulu
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2009 at 12:25 pm
aku sihat, PC je tak sihat..
aku tak penah plak tgk kes cam ko.. biasa budak lelaki je yg bergaduh sesama sendiri..
walaupun darah muda kesian kat yang kena .. 2 budak pompuan tu mesti trauma.. dulu org tak tau.. lebih2 pun kat sekolah.. org kampung tak tau.. ni satu dunia tau..
kalau nak kira memberontak pun ada hadnya..
Reply
wah. galak betul diorang bergaduh yek..
Reply
Menyampah tengoknya… dah la berbaju kurung dan bertudung… alih2 wat kerja tak semegah tu… ni lah anak2 melayu sekarang… bangga sangat lah tuh… hrmmmm
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2009 at 6:10 pm
budak lagi tu.. baru 13 thn.. tu le kalau dia nak tunjuk kuat gi sekolah wrestling..
Reply
diharapkan menggunakan otak sebelum bertindak..
Reply