Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya PC telah pun selamat di’upgrade’. Takdelah upgrade hebat-hebat pun .. Sekadar cukup untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang blogger dan pembaca/penonton anime.. Keputusan untuk membeli laptop akan ditangguhkan seketika memandangkan upgrade PC ini pun telah mengeluarkan duit simpanan online dalam RM600. Harap-harap ianya akan membantu saya dalam mencapai cita-cita. Ini juga merupakan artikel pertama selepas ‘motherboard’, ‘RAM’ dan ‘hard disk’ telah bertukar rupa. Kalau ada lebihan pendapatan mungkin ‘blackend’ (nama timangan PC) akan diberi nafas baru dengan penambahan tenaga CPU dan RAMnya..Tapi belum buat masa ni kerana tuannya masih belum bersedia menuangkan duit untuknya.
Ini gambar PC yang telahpun memulakan tugasnya..

Sedang memformat drive ‘D’. Lama gak menunggunya..

Inilah dia ‘blackend’ yang selamat di upgradekan..
Seperti mana-mana PC baru sudah pasti ada perisian yang perlu dimasukkan.. Kedai biasalah bagi yang asas je seperti MS Office, Firefox. Sayang sekali Photoshop tiada dalam simpanan beliau.. Kena cari.
Walaubagaimanapun perisian yang sedang saya masukkan kini ialah :-
1. Picasa 3 - Perisian untuk editing gambar yang dikenali melalui blogger CHe Izan.. Agak sukar untuk kali pertama ni.. Nak cari cara camne nak resize.. Anda tahu tak??
2. Adobe Flash Player.. Biasalah nak layan megavideo kena install menatang ni. Kalau tak, plugin video takde…
3. Quicktime.. Biasa kadang-kadang nak tengok movie type ‘mov’.. Kenalah download..
4.. Yahoo messenger .. Ini belum install lagi.. Tak pasti nak install atau pakai je web yahoo messenger.. ALa bukan guna sangatkan byk2 kat ym tu..
5. Coreftp. Ini pun mungkin akan diinstall sebab penting untuk perjalanan hosting… Senang nak transfer file..
6. Primo Pdf .. Penting gak ni kalau nak jadikan fail pdf.. Saya kena gunakan untuk transaksi online banking.. Terutama untuk top up modal bisnes prepaid.
Okaylah cukup setakat ini.. Mungkin anda ada idea lain.. APa lagi perisian yang sesuai agaknya?? Mungkin boleh dibicarakan disini..


media player classic?
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:48
er kenapa media player classic???
Reply
alhamdulillah, selamat direpair. dah lepas format ni elok install segala penyelemat sistem operasi seperti (yang percumalah),
spybot – search & destroy (elak dari spyware/malware)
ccleaner – pencuci terbaik
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:49
tq,. balik kang aku donload spybot.
ccleaner gak,,
Reply
selamat kembali wahai blackend. hehehe..
anyway.. thanks sbb bg tau akan kewujudan primo pdf tu.. nanti boleh la ajar mcm mana nk guna yer. hehe.. aku nk download sat. tq
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:51
download jgn tak download.. guna primo nie boleh jadikan dia pdf. satu cara nak adjust file jadi pdf
Reply
fuyiioooooo
lepas ni kencang la berblog. hehe
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:52
Harap2 gitule hendaknya…
Reply
kalau pakai firefox ada plugin untuk ftp.
yang pdf tu apa kata guna openoffice
lepas taip boleh save as pdf
Reply