PB Debit Card dan Doktor oh doktor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mula-mula cerita perkara yang best iaitu saya telahpun menerima Public Bank Debit Card setelah menunggu lebih dari sebulan. Diharap dengan PB Debit Card akan memberi semangat untuk menceburi bidang pendapatan internet dengan lebih serius lagi..

Hm.. nampaknya saya terperasan bahawa satu post saya telah hilang lagi. Nampaknya kena simpan artikel ni dalam notepad dulu ni.. Rugi masa dan tenaga semalam mencari idea-idea bernas.. :( Takpelah inilah dia cabaran seorang blogger..


Bercerita tentang doktor, seperti yang saya maklumkan sebelum ni di artikel rahang di pipi sakit, dan nampaknya hari ni berjaya juga menguatkan diri untuk singgah ke Poliklinik Komuniti Ayer Keroh untuk menyemak masalah fizikal saya.. Mula-mula ke doktor gigi untuk menyemak samada masalah bersangkut paut dengan gigi..Doktor gigi memeriksa dan didapati tiada masalah dari segi gigi.. Walaubagaimanpun beliau membersihkan gigi.. Pergh saat dibersihkan itu sungguh menyeksakan.. Bayangkan gusi anda disentuh dengan besi tajam untuk mengeluarkan plak-plak di gigi. Memang banyak sekali darah-darah yang dipaksa untuk keluar. Seksa sekali. Itu baru je bersihkan gigi. Bayangkan azab seksaan api neraka, lagi tak tergantung. Wallahualam semoga kita dijauhkan dari azabNya..

Okay walaupun sakit sebenarnya saya respek dengan doktor berbangsa Cina tu. Beliau cuba berkomunikasi dan ucapan ‘ terima kasih’ sering dikeluarkan bagi memberikan sedikit semangat. Ye lah kalau ikut hati mau je melompat atau menyepak beliau akibat rasa sakit tu,.. Beliau juga memaklumkan kemungkinan ada gigi yang tumbuh.. Huhuhuhuhu dah tua pun gigi nak tumbuh ke?? Entahlah.

Yang terakhir agak geram sikit. Selepas selesai doktor gigi saya turun ke bawah.. Cuba untuk mendapatkan kepastian dengan doktor yang lain sambil ingin mengenalpasti jenis darah (blood group).. Tunggu sikit punya lama.. Lebih dari sejam dan berjaya bertemu seorang doktor Melayu di bilik no 2..
HUh.. doktor ni. Entah kenapa doktor ni memang tak best bagi saya. Beliau tidak meng’check’ saya dengan baik.. Teringat dulu masa tangan kiri saya mengalami keadaan sakit yang amat sangat. Ketika itu tangan saya dalam keadaan sejuk amat dan berbeza dengan tangan sebelah namun doktor tersebut menganggap seperti ianya biasa.. Memang bengang amat ketika itu…
Ops dan saya cuba bertanya bagaimana nak tau ‘kumpulan darah’.. Doktor tersebut dengan kereknya menyatakan bahawa hospital tidak membenarkan check ‘kumpulan darah’ tanpa sebab kecuali derma darah ataupun bersalin.. Bayangkan betapa bengangnya kerana saya memang menungu untuk mengetahui jenis darah……… Kenapa tak boleh?? Adakah dengan mengambil sedikit sampel darah akan memudaratkan ?? Jika benar itu prosedur hospital kerajaan maka memang tidak efisyienlah.. Takkan hospital tidak membenarkan individu mengetahui jenis darah masing-masing? Kan ianya dapat membantu seseorang itu… Memang sakit hati namun saya bukanlah jenis orang yang suka dengan provokasi .. Saya keluar dengan perasaan kecewa.. Dahlah tak dapat penyelesaian tentang sakit rahang, pertanyaan pun dibuat endah tak endah.. Mentang-mentang kita bukan orang besar-besar huh..

Pada pengalaman anda ,benarkah hospital kerajaan tidak membenarkan individu mendapatkan ujian pengesahan kumpulan darah di tempat mereka?? Setahu saya hospital swasta boleh mengadakan ujian pengesahan kumpulan darah.. Nampaknya terpaksa saya mencari hospital swasta.

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 250
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

6 Responses to “PB Debit Card dan Doktor oh doktor”

  1. titanNo Gravatar says:

    my darah type B. Hehe :)

    Reply

  2. megatNo Gravatar says:

    tahniah! dapat juga gunakan servis debit kad PB tu.

    aku dah lama guna servis dia, mmg bagus dan diterima paypal.

    Reply

  3. peh 1month baru dpt debit card? akoo igt nk buat gak. nk paypal. huhu.

    p/s: bro gi komen dalam budakmerah. dakmerah tue bekap je. yg btol thinker.my. hehe!

    Reply

  4. syiaNo Gravatar says:

    :) awk.. jgn banje byk2

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    titan –> aku tak tau lagi type apa ntah
    megat –> banyak aku tak tau lagi camne nak guna..
    extreme thinker –> apply je bro..
    syia –> tak belanja banyak2 de

    Reply

  6. cencorot_91No Gravatar says:

    kat debit ni apa?
    mcm kad kredit ke?

    Reply

Leave a Reply