LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Paul Revington kekal ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Ketua jurulatih skuad hoki negara yang mencetuskan kontroversi tempoh hari apabila ingin berhenti melatih skuad negara akhirnya bersetuju untuk meneruskan khidmat sebagai ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan. Persetujuan dicapai selepas perjumpaan tertutup antara Revington dengan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Ketua Pengarah majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong, Timbalan Presiden MHC Datuk Nur Azmi dan pengurus pasukan George Koshy yang berlangsung baru-baru ini.
revington
Kontrak Revington sebagai jurulatih negara juga akan dilanjut sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 sekiranya skuad hoki mampu layak ke Sukan Olimpik. Kontrak sedia ada jurulatih kelahiran Afrika Selatan ini akan tamat pada Ogos tahun depan. Sebelum ini beliau menghantar surat meletak jawatan sebelum bermulanya Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.
– BERNAMA

Sememangnya ia satu keputusan yang melegakan bagi skuad hoki negara dan para peminat. Ini kerana skuad hoki negara mempunyai misi besar untuk layak ke hoki Piala Dunia 2014 dan seeloknya jurulatih ini dikekalkan memandangkan terdapat peningkatan kualiti skuad negara di bawah pimpinan beliau seperti mendapat tempat ke 5 kejohanan Liga Hoki Dunia dan kalah tipis kepada Australia pada perlawanan akhir kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang lalu. Diharap tiada lagi kisah kontroversi berlaku yang boleh merencatkan misi skuad hoki negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 dan juga Olimpik 2016.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Paul Revington kekal ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan

  1. Semoga dengan mengekalkan ketua jurulatih sedia ada, sekuad hoki kebangsaan mampu menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang pada masa akan datang… 😉

  2. Aku rase isu nie tak patut pun nak wujud. Paul memang coach yang bagus. Tengok la prestasi pasukan hoki before Paul ambik alih, teruk kot.
    Kalau la coach 2 orang tue terer sangat dan boleh buat lagi baik dari Paul takpe jugak. Nak sangat ke jadi macam team bola sepak negara.

    Even player pun ckp Paul mmg sesuai latih skuad hoki, biarlah die nak buat ape yg die rase betul asal prestasi meningkat.

  3. better kekalkan dia. kalau lepas ni jatuh..masa tu la orang luar leh nak kutuk..

    yang kutuk-kutuk tu, jeles sebenarnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)