post

Patutkah Lim Teong Kim dipecat ?

Selepas tumpas kepada Jepun pada pagi tadi, boss meminta Jamal untuk menulis pendapat mengenai isu jurulatih bawah 16 Tahun yang dipecat.
Lim Teong Kim dipecat selepas anak didiknya gagal merebut tempat untuk beraksi ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru tahun depan.
Bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu sah ditamatkan kontrak selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiga jam selepas skuad remaja negara itu menamatkan saingan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 tadi.
Arahan tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingan yang berkuat kuasa serta merta.
Walaubagaimanapun, status Teong Kim selaku Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) adalah tertakluk kepada keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kuasa FAM terhad kepada pelantikan bekas pemain tengah kebangsaan itu selaku ketua jurulatih dan penal penolongnya sahaja.

Okay cukup info berkenaan isu Teong Kim, Jamal nak berikan pendapat tentang pemecatan beliau pula. Jamal memang amat bersetuju dengan pemecatan yang dilakukan FAM. Dibawah ni Jamal berikan beberapa poin yang dirasakan sesuai :-

1) Lim Teong Kim menerima gaji yang tinggi iaitu RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai. Walaupun gaji itu mungkin termasuk tanggung jawab sebagai jurulatih dan juga Pengarah program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tetapi angka itu masih tinggi.
Jadi kalau dengan gaji yang tinggi itu masih tak dapat keputusan positif maka eloklah dilepaskan sahaja untuk beri peluang orang lain memegang jawatan tersebut dengan harga yang lebih murah. Kalau nak tawarkan Jamal pun boleh juga. Kalau bagi RM100,000 sebulan pun cukup lah tu.
Cukup setahun boleh jadi Jamal si Jutawan tu.

2) Kegagalan melepasi KPI. Sasaran utama Program NFDP di bawah Teong Kim adalah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Belia 2019 di Peru dan sekarang ni tak layak. Bila tak lepas sasaran elok sepatutnya berundur dan ambil tanggungjawab tu.

3) Tidak nampak pemain bertaraf bintang di hasilkan. Mungkin ramai kata usia 16 tahun ni terlalu muda nak jumpa bintang tapi sepatutnya sudah ada produk dari sini yang telah berjaya diserap ke kelab bola sepak Eropah atau paling koman pun di belah Asia ni.
Tengok pemain seperti Lionel Messi dan Kylian Mbappe, pada usia 16 tahun mereka telah berada di kelab ternama.Messi mula beraksi di La Liga ketika usia 16 tahun dan Mbappe pun mula mendapat perhatian skuad remaja Monaco pada usia itu. Pemai sensasi Korea Selatan, Son Heung Min telah mula berkelana di Hamburger SV seawal usia 16 tahun.
Ia menunjukkan usia 16 tahun adalah waktu untuk mereka mula mengubah pandangan bolasepak sebagai sumber pendapatan masa hadapan dan bukan sebagai permainan sahaja. Tapi pemain remaja Malaysia masih tercari-cari langkah di liga tempatan sahaja. Kalau ada pun hanya sekadar menjalani trial sahaja lepas tu takde khabar berita.
Mungkin ada yang kata Akhyar Rasid, Hadi Fayyah mendapat perhatian kelab luar tapi mereka bukan dari pasukan bawah 16 tahun ni. Jamal tak tau kalau ada pemain-pemain seperti Lukman Haqim diintai oleh kelab luar, tapi patutnya dah ada pemain dalam usia ni dah dipancing kelab luar.

4) Gagal di tempat sendiri amatlah pedih. Bermula garang menumbangkan Tajikistan pada perlawanan pembukaan memberikan gambaran yang cukup gah bagi skuad bawah 16 tahun tapi perlawanan seterusnya menjadi longlai. Jamal sempat tengok perlawanan dengan Thailand. Memang pemain beraksi baik tapi level mula ke laut lepas seorang pemain penyerang dibuang padang.
Selaku jurulatih berpengalaman, Teong Kim perlu ada pelan B bila berlaku situasi ini tapi langkahnya gagal pada perlawanan tersebut. Dalam aksi menentang Jepun pun skuad negara beraksi baik pada awal separuh pertama, tapi gagal menghasilkan gol dan akhirnya kesilapan asas sekali lagi menyebabkan mereka gagal sekaligus menoktahkan peranan boss mereka yang tidak melatih mereka lagi.

Serba sedikit pendapat Jamal mengenai isu ini. Apa yang Jamal rasa perlu diambil perhatian oleh FAM ialah mencari jurulatih lain secepat mungkin. Berikan mereka KPI yang spesifik dan sekiranya gagal teruskan sahaja proses pemecatan. Gaji juga perlu setimpal agar tidaklah membazir berjuta-juta duit rakyat mahupun duit penaja.
Keputusan perlu strict agar jurulatih akan buat kerja sehabis mungkin untuk mencapai KPI tersebut.
Auf Wiedersehen , Lim Teong Kim. Cuba lagi di masa hadapan ye.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.