LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan TNB lakar sejarah juarai Piala Tan Sri P Alagendra 2019

Selepas hampir sembilan tahun tanpa memegang kejuaraan, skuad hoki TNB berjaya memenangi piala pembukaan hoki Malaysia iaitu Piala Tan Sri P. Alagendra 2019.
TNB yang diperkuatkan oleh penjaga gol kebangsaan yang pernah diiktiraf antara penjaga gol terbaik dunia, S.Kumar berjaya membawa pasukannya memenangi perlawanan akhir menentang jaguh Kelab Hoki Terengganu (THT).
Dalam perlawanan akhir tersebut S.Kumar menjadi wira selepas menidakkan beberapa percubaan bahaya THT serta meneylamatkan pukulan stroke pemain import dari Korea, Jang Jonghyun pada babak akhir perlawanan.
Keputusan sengit 2-1 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan aksi berbalas serangan namun gol tidak menjelma. Sehinggalah pada suku keempat apabila penjaga gol THT Muhammad Hafizuddion Othaman menyebabkan TNB dihadiahkan pukulan stroke.

Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menyempurnakan tugasan tersebut dengan baik pada minit ke 46. THT yang juga dibarisi oleh pemain kebangsaan berjaya mengikat kedudukan pada minit ke 48 apabila Muhammad Rashid Baharom melakukan jarignan padang pada minit ke 48.
Ketika perlawanan hampir tamat, skuad TNB berjaya memanfaatkan peluang apabila Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyempurnakan peluang terhidang selepas kelam kabut di pintu gol THT.

Selepas ini akan bermula Liga Hoki Kebangsaan dan pasti kedua-dua pasukan ini akan mengintai peluang menjadi juaranya. Atau adakah pasukan lain akan mencuri peluang menguasai Liga?
Agak sedih apabila pasukan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) sudah tiada dalam aksi Liga Hoki Malaysia. Kalau tak sebelum ini mereka mendominasi kejuaraan liga ini.

Juara Piala Tan Sri P Alagendra 2019
Tenaga Nasional Berhad (TNB) – RM20,000

Naib Juara Piala Tan Sri P Alagendra 2019
Terengganu Hockey Team (THT) – RM10,000

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
S Kumar (TNB) – RM 1,000

Sumber Berita :  Laman Rasmi Malaysia Hockey Confederation

Gambar : Twitter Malaysia Hockey Confederation

Sedikit Sejarah Tan Sri P Alagendra

Tahukah anda disebalik ketokohan nama piala ini?
Tan Sri Dato’ Seri P. Alagendra dilahirkan di Kajang, Selangor pada 23 Julai 1929. Beliau merupakan bekas pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia di Selangor. Beliau mula menyarung jersi Hoki Malaysia bermula tahun 1953 – 1959 dipertandingan asia, olimpik / dunia.

Meneruskan khidmat didalam sukan hoki negara, beliau menerajui barisan pengurusan sebagai Ketua Jurulatih Hoki Malaysia bermula tahun 1962 dan meneruskan baktinya sebagai Timbalan Pengurus pasukan pada tahun 1964 yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Mexico & Jerman. Beliau juga merupakan Naib Presiden Persekutuan Hoki Malaysia dari 1958 Р1980. Beliau turut berada dalam International Hockey Federation (FIH)1975 Р1985. Ketokohan beliau dianugerahkan ORDER OF MERIT oleh FIH pada Kongres FIH 2000

Sumber : FB THT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.