Pasukan Skuasy Wanita Remaja Menjadi Naib Juara Berpasukan Dunia 2017

KUALA LUMPUR: Pasukan skuasy remaja wanita Malaysia sekali lagi terpaksa berpuas hati sekadar bergelar naib juara Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia selepas kalah 0-2 kepada Mesir dalam perlawanan akhir pada Sabtu.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Tauranga, New Zealand, pada Sabtu, pemain Malaysia yang beraksi buat kali ketiga dalam kejohanan itu, berusaha keras untuk meraih kejuaraan sulung mereka.
Pemain Mesir, Hania El Hammamy terlalu handal bagi pemain remaja wanita utama Malaysia, S. Sivasangari, dengan memenangi perlawanan itu 11-8, 11-8, 6-11 dan 11-9 dalam masa 44 minit.

s sivagari
Pemain wanita no 1 remaja Malaysia S Sivasangari tumpas di tangan pemain lawan, Hania El Hammamy 

Selepas itu, Andrea Lee, yang terpaksa berdepan juara remaja individu dunia yang baru dinobatkan, Rowan Reda, turut tewas.Andrea kalah kepada Rowan 4-11, 4-11, 11-9 dan 7-11 dalam perlawanan 37 minit.
Kekalahan itu membolehkan pasukan Mesir meraih gelaran juara buat kali keenam.
Jurulatih Malaysia Andrew Cross berpendapat anak didiknya agak lembap di awal perlawanan namun beliau memuji pasukan Mesir dan penguasaan mereka dalam dunia skuasy.

| Egypt Claim Sixth Junior Women Title after defeat Malaysia |

“Para pemain saya beraksi dengan baik. Mereka mahu berada di final, mereka berjaya melakukannya dan saya bangga dengan cara mereka memberi tentangan ke atas Mesir, bagaimanapun Rowan dan Hania bermain dengan lebih baik berbanding aksi mereka dalam final individu,” katanya, yang dipetik laman web rasmi kejohanan, www.wsfworldjuniors.com.-Bernama
| Beli Raket Skuash untuk jadi sehebat Datuk Nicol David |

Semoga pemain-pemain muda ini akan terus bangkit pada beberapa tahun akan datang ini. Ini penting bagi memastikan pelapis Datuk Nicol David dapat dihasilkan memandangkan prestasi bekas pemain no 1 dunia ini semakin goyah dimamah usia.

 

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply