Pasukan Ragbi Malaysia sasar layak ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia

Sukan Ragbi semakin mendapat nama selepas menjuarai banyak kejohanan. Dalam acara Sukan SEA 7s menyaksikan pasukan negara mengondol emas buat kali pertama namun mereka memandang lebih jauh lagi.
Matlamat selepas ini adalah untuk layak ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia iaitu acara yang lebih berprestij lagi.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah memberikan tempoh rehat bagi skuad Ragbi yang telah bertungkus lumus menjalani latihan pusat dan pelbagai kejohanan sejak tahun lalu.
Mereka juga telah menghantar skuad pembangunan bagi kejohanan siri pertama Asia 7s di Hong Kong bagi memberikan pendedahan. Dalam kejohanan yang berlangsung pada 1 dan 2 September itu pasukan Malaysia yang berada dalam Pool A berada di tempat terakhir selepas tumpas dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.
Malaysia yang membariskan pemain pelatih tumbang kepada pasukan tuan rumah, Hong Kong dengan keputusan 0-31. Pasukan negara juga tumbang kepada pasukan China dengan keputusan 14-54 dan kalah kepada pasukan Filipina dengan keputusan 0-33.
Pada peringkat kedua pula pasukan Malaysia terus dibelasah dengan Jepun dengan keputusan 0-44, pasukan Sri Lanka 0-45. Dalam aksi penentuan tempat kelapan/ketujuh pasukan negara berjaya mengelak dari berada di tempat tercorot selepas mengalahkan pasukan Chinese Taipei dengan keputusan 33-12.

Perlawanan siri kedua akan berlangsung pada 23-24 September di Korea dan 14 -15 Oktober di Sri Lanka. Semoga dalam kedua-dua kejohanan pasukan Ragbi Malaysia dapat menghantar pasukan terbaik dan dapat memperbaiki kedudukan dalam dua kejohanan itu nanti.
Bagaimana untuk melayakkan diri ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia ? Minta maaf, Ligakampung.com belum menjumpai kaedahnya. Mungkin kalau anda ada maklumat boleh kongsikan diruangan komen di bawah ini.

Sumber :-Asia Rugby
HMetro

Facebook Malaysia Rugby

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Pasukan Ragbi Malaysia sasar layak ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia

Leave a Reply