LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan negara bakal terlepas kelayakan Piala Dunia 2017

Pemain skuad floorball wanita negara bakal terlepas untuk beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2017 di New Zealand. Ini berikutan kekurangan dana berjumlah RM90,000 yang diperlukan mereka untuk beraksi dalam kelayakan zon Asia Pasifik di Arena Sukan ASB Wellington, New Zealand pada 31 Januari hingga 5 Februari depan.

Buat masa ini pemain terpaksa mencari duit lebih kurang RM4,000 seorang bagi membolehkan mereka beraksi dalam pusingan kelayakan selepas kali terakhir beraksi di Piala Dunia pada tahun 2005 di Singapura.

Menurut Persatuan Floorball Malaysia (MFA), Dr. Rizal Mohd Razman, pihaknya telah memaklumkan tentang ketiadaan dana kepada pemain namun pada masa sama tetap berusaha mencari penaja sebelum kejohanan bermula.

“Ada beberapa perkara yang belum diselesaikan terutama tiket penerbangan pasukan ke New Zealand memandangkan tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Wellington dan nak sampai ke situ sahaja memerlukan sebanyak RM3,300 untuk seorang.

| Laman Web Rasmi Floorball Malaysia |

“Kos keseluruhan termasuk tiket penerbangan pasukan dan yuran penyertaan lebih kurang dalam RM90,000. Jadi, saya memberitahu para pemain bahawa mereka perlu mencari dana sendiri dalam lingkungan RM4,000 untuk kos tiket penerbangan.

“Disebabkan masalah tersebut, ada sesetengah pemain terpaksa menarik diri dan ia satu perkara yang merugikan pasukan kalau terlepas aksi kelayakan Piala Dunia ini,” kata Dr. Rizal kepada Kosmo!.

Buat masa ini tiada perkembangan lanjut berhubung penajaan apatah lagi kejohanan akan bermula kurang dari sebulan lagi.

Dalam kelayakan tersebut, tiga terbaik akan diberikan tiket untuk beraksi di Piala Dunia 2017 di Brastislava, Slovakia pada Disember ini. Ranking pasukan negara boleh jatuh jika tidak beraksi pada kejohanan ini.

Pada kejohanan tersebut, Malaysia diundi bersama Kumpulan B bersama Jepun, SIngapura, Korea Selatan dan Iran sementara Kumpulan A terdiri daripada Australia, New Zealand, Thailand serta China

ArtikelPenuh: Kosmo

Ligakampung kurang mengenali sukan floorball ini namun ianya satu kerugian jika pasukan negara tidak membuat penampilan dalam sesi kelayakan itu. Apatah lagi pasukan negara berada diranking yang agak baik. Mungkin sekiranya mampu layak ke Piala Dunia ia mampu mempopularkan sukan ini yang sedikit sebanyak seperti hoki di dalam gelanggang.

Saksikan Youtube mengenai FloorBall

Bagi yang ingin menjadi penaja skuad Floorball wanita Malaysia, boleh rujuk Proposal ini

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Pasukan negara bakal terlepas kelayakan Piala Dunia 2017

  1. Takkan tak ada syarikat-syarikat besar yang sudi taja… Boleh jumpa CEO air Asia, manalah tahu boleh dapat tajaan tiket kapal terbang…

    1. memang tak ramai dengar sukan ni.. tapi ada bertanding di peringkat antarabangsa dan mungkin akan jadi sukan di olimpik

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)