Pasukan Malaysia B21 ke Vietnam tanpa pemain tonggak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Esok bakal berlangsung kejohanan bolasepak Piala Newspaper di Vietnam yang melibatkan pasukan Malaysia bawah 21. Pasukan kendalian Ong Kim Swee akan ke Vietnam tanpa beberapa pemain utama seperti Izham Tarmizi, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Fadhli Shas dan Gary Robbat yan bakal beraksi untuk skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan dengan Oktober pada 16 Oktober ini. Ini ditambah dengan kecederaan pemain utama seperti Fandi Othman, Wan Zaharulnizam dan Irfan Fazail.

Kejohanan yang bakal menjadi persiapan skuad muda negara ini meletakkan Malaysia dalam kumpulan B bersama dengan pasukan Laos dan Sydney FC manakala Kumpulan A melibatkan Vietnam, Singapura dan Thailand.
Perlawanan akan bermula pada Sabtu ini dimana pasukan Malaysia akan bertemu Laos sebelum bertemu Sydney FC pada 17 Oktober. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir pada 19 Oktober manakala pemenang akan ditentukan pada 21 Oktober ini.
Berikut merupakan senarai pemain yang akan ke Vietnam

Mohd Farhan Abu Bakar, Farhan Muhd Ariff, D. Saarvindran, Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Fandi Othman, Syahruk Azwari Ibrahim, Mohd Raphi Azizan Mariappen, Syazwan Tajudin, Ahmad Hazwan Bakri, Izham Tarmizi, Firdaus Muhamad, Mohd Nashriq Yahya, Mohd Azeif Nasrulhaq Badrul Hisham, Adam Nor Azlin, Syazuan Hazani, Muhd Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Palraj.

Sumber :- ESPNSTar
Walaupun tanpa tonggak utama namun itu bukan alasan untuk pasukan Harimau Muda pulang awal. Pemain yang diberi peluang sepatutnya menggunakan untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Diharap mereka mampu melakukan kejutan dengan memenangi kejohanan ini..

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.