Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Hoki Wanita Negara Tersungkur di tangan Ireland

Harapan pasukan hoki wanita negara sedikit mengalami kesukaran apabila tumpas di tangan pasukan di tangga ke 16 dunia, Ireland. Pasukan wanita negara yang bermula garang pada aksi pertama bertemu dengan pasukan yang lebih handal pada malam tadi.

Pasukan bimbingan K Dharmaraj bermula dengan sedikit goyah apabila pemain Ireland berjaya mendapatkan gol seawal minit ke 5 melalui Chloe Watkins . Selepas itu pasukan negara mula mengimbangi pasukan pelawat sehingga memperolehi 5 pukulan sudut penalti namun gagal menumpaskan penjaga gol Ireland yang berjaya menyelamatkan percubaan pasukan negara.

hoki-ireland-kalahkan-malaysia

Ketiadaan ketua pasukan negara , Siti Nur Amarina kerana membantah  telah memberi peluang kepada pasukan Ireland mendapatkan gol kedua melalui Anna O’Flanagan pada minit ke 52. Ketika seakan pasukan Ireland mengendurkan serangan, pasukan negara berjaya mendapatkan gol yang cantik melalui pemain muda negara, Hanis Onn pada minit ke 54. Walaupun cuba mengasak dan mendapatkan 2 pukulan sudut penalti pada 3 minit terakhir namun gol yang dinanti tidak tiba. Seandainya berjaya menjaringkan gol penyamaan, kedua-dua pasukan akan berhadapan dengan penalty shootout mengikut format terkini.

Ligakampung.com tetap mengucapkan syabas kepada srikandi Malaysia. Walaupun tampak sukar tapi pasukan negara menunjukkan aksi baik serta memberi saingan hebat kepada pasukan Ireland. Mungkin pasukan negara perlu memperbaiki dari segi pukulan sudut penalty yang disia-siakan. Ia juga berlaku pada perlawanan menentang Hong Kong tempohari dimana lebih dari 10 pukulan sudut penalty diperolehi.

Walaupun sedikit sukar namun peluang untuk pasukan negara mencuri slot ke Piala Dunia 2018 masih terbuka. Selepas ini, pasti tiada masalah untuk pasukan negara menumbangkan pasukan Kazakhstan pada esok hari.

Semoga pasukan ini dapat meningkat lagi. Semoga berjaya.

Cuma pelik pula kenapa jersi pasukan negara warna ‘Oren’ dan bukan kuning ye? Lagi satu ada banyak juga keputusan pengadil yang tidak tepat. Kenapa juga rujukan video tidak digunakan dalam kejohanan sepenting ini? Mungkin ada yang boleh memberikan jawapan kepada kami.

 

 

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pasukan Hoki Wanita Negara Tersungkur di tangan Ireland

  1. betul lah warna oren…warna yg jelas pada badan harimau belang. the malaysian hockey tiger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)