LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan hoki wanita negara melangkah ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua

Pasukan hoki wanita negara berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua selepas menumpaskan pasukan Thailand di Stadium Hoki Tun Razak malam tadi.

Pasukan hoki wanita negara berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0 dan bakal bertemu pasukan Itali pada hari Sabtu ini.

Dalam perlawanan bertemu Thailand, pasukan negara buntu pada suku pertama dan kedua untuk mendapatkan jaringan. Walaupun gerakan merbahaya dihasilkan namun sukar untuk menembusi gawang pasukan Thailand.

| Malaysia Gah Tempah Tiket ke Separuh Akhir |

Pada separuh masa kedua, ketua pasukan negara Siti Noor Amarina melakukan hayunan kencang untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 38. Masuk ke suku keempat, pasukan Thailand semakin goyah dan Norazlin Sumantri berjaya menolak masuk gol padang pada minit ke 56 untuk memberi kelegaan kepada pasukan negara. Sebelum tamat perlawanan, pakar pukulan sudut penalty, Nuraini Abdul Rashid menjaringkan gol penutup sekaligus memberikan gol kelima beliau dalam kejohanan kali ini.

nuraini-abdul-rashid

Satu pencapaian yang baik bagi pasukan bimbingan K Dharmaraj ini namun momentum itu perlu diteruskan pada perlawanan menentang Itali selepas ini. Ini sudah semestinya penentuan untuk pasukan negara mendapat tiket ke Piala Dunia 2018. Seandainya skuad negara berjaya menumbangkan Itali, tiket sudah pasti kerana 2 pasukan dari kejohanan ini akan layak secara automatik. Untuk perlawanan seterusnya, peluang sudut penalti perlu dimanfaat sebaik mungkin dan pemain negara perlu berwaspada dengan serangan pasukan Itali. Semoga pasukan negara mampu mendapatkan kejayaan di gelanggang sendiri.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)