Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan hoki wanita negara belasah pasukan Kazakhstan

Pasukan hoki wanita negara menghidupkan peluang untuk mendapatkan satu dari 2 slot untuk ke Piala Dunia 2018 apabila membenam skuad Kazakhstan sebentar tadi. Pasukan hoki negara yang tewas tipis di tangan pasukan Ireland pada hari semalam mempamerkan aksi garang pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pasukan negara membuka tirai jaringan pada minit ke 6 melalui Nurul Nabihah. Kelekaan barisan pertahanan memberikan peluang kepada penyerang Kazakhstarn, Vera Domashneva menyamakan kedudukan selang seminit selepas itu. Tersentak dengan jaringan itu, barisan pemain bimbingan K Dharmaraj mula melakukan serangan dan Nos Hasliza berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke 14. Pemain muda negara, Fatin Shafika mendapatkan gol ke 3 pada minit ke 16. Pakar sudut penalty, Nuraini Abdul Rashid menambah jaringan pada minit ke 18 sebelum sekali lagi Fatin Shafika menambah jaringan pada minit ke 24.

Fazilla Sylverster terus mendapatkan gol pada minit ke 26 melalui pukulan sudut penalti. Jaringan Nuraslinda pada minit ke 28 menyaksikan barisan negara semakin garang menyerang. Hanya pada minit ke 40 jaringan seterusnya terhasil melalui Norazlin Sumantri. Jaringan Hanis Nadiah menambah duka pasukan pelawat melalui jaringan padang pada minit ke 44. Fazilla Sylverster menambah gol kedua peribadi. Wan Norfaiezah juga berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol pada minit ke 59. Nuraslinda Said pula melakukan jaringan cantik melalui deflection pada minit ke 54 sebelum Fatin Shafika menyambung rebound hasil tolakan Nuraini pada minit ke 59 sekaligus menghasilkan hatrick pertamanya dalam kejohanan ini.

Kemenangan 13-1 ini pasti akan memberikan semangat yang lebih kepada pasukan Malaysia untuk perlawanan seterusnya. Ligakampung mengucapkan semoga maju jaya dan diharap berjaya mencapai sasaran seterusnya kepada barisan pemain hoki wanita Malaysia.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pasukan hoki wanita negara belasah pasukan Kazakhstan

  1. Allahuakbar.. rindunya nak main hoki lagi… bila dah tinggalkan universiti ni.. langsung tak berkesempatan dah nak tengok tournament live…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)