LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan hoki wanita gagal bersaing dengan Australia

Pasukan hoki wanita tidak mampu melakar kejutan pada perlawanan pertama Separuh Akhir Liga Hoki Dunia yang berlangsung di Brussels, Belgium.
Turun selaku pasukan di tangga ke 22 dunia , pasukan hoki wanita menentang pasukan di tangga keempat, Australia. Pasti bukan tugas mudah untuk menundukkan pasukan yang pernah menduduki ranking pertama dunia itu.

Skuad yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Muhammad Dharma Raj itu turun dengan semangat juang yang tinggi namun tidak mampu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata apabila tewas 0-3 pada pasukan lawan.
Pasukan Australia yang dihadiahkan pukulan sudut penalti pertama pada minit keempat menyermpurnakan peluang itu melalui Maddy Fitzpatrick yang menumpaskan penjaga gol Farah Ayuni Yahya.

Pasukan negara mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan melalui Wan Norfaiezah namun berjaya digagalkan oleh penjaga gol lawan, Rachael Lynch.
Pasukan negara cuba bersaing namun masih buntu menjaringkan gol. Sebaliknya Australia mendapat pukulan sudut penalti kelima pada minit ke 44 yang diterjemahkan sebagai gol melalui Maddy Fitzpatrick.

Barisan pemain hoki wanita cuba untuk mendapatkan gol namun pukulan sudut penalti Nuraini Abdul Rashid berjaya digagalkan penjaga gol lawan.
Pasukan Australia yang semakin yakin berjaya mendapatkan gol ketiga pada minit terakhir perlawanan sekaligus memperolehi tiga mata pertama.

nuraini-rashid-hoki
Pemain negara, Nuraini Rashid bersaing dengan pemain Australia, Maddy Fitzpatrick

Misi mencari satu kemenangan bagi pasukan negara masih ada dan pasukan hoki negara perlu meneruskan aksi yang baik serta memperbaiki kelemahan.
Mereka akan bertemu jaguh Eropah, Sepanyol pada hari Khamis , 22 Jun 2017 jam 12 tengah malam waktu Malaysia.

Semoga mereka mampu mencapai kemenangan pertama. Walaupun Sepanyol berada 12 tangga ranking tapi tak mustahil kalau barisan negara meneruskan semangat perjuangan mereka.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)