BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » sukan » Pasukan hoki remaja Malaysia semakin hampir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang kejohanan hoki remaja Asia< yang diadakan di Melaka, Malaysia bermula 3 Mei -13 Mei ini. Perlawanan telah masuk hari ke 3 (5 Mei 2012) dan pasukan hoki remaja kebangsaan telah pun bermain untuk 2 perlawanan.
Nampaknya keputusan yang dicapai oleh pasukan hoki remaja dalam kedua-dua perlawanan menunjukkan keputusan positif. Dalam perlawanan pembukaan menentang Iran sebelum ini pasukan hoki remaja berjaya menang dengan keputusan 6-1. Untuk perlawanan kedua yang diadakan pada hari ini, (5 Mei 2012) pasukan hoki remaja Malaysia menentang pasukan handalan iaitu Korea Selatan dan berjaya menundukkan pasukan tersebut dengan jaringan 6-3.
Perlawanan yang disaksikan oleh lebih 3,500 penonton ini memberikan kelegaan kepada peminat hoki Malaysia. Dengan kemenangan ini secara matematiknya, pasukan hoki remaja telah layak ke separuh akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia ini. Dan yang lebih penting lagi, peluang untuk melayakkan diri ke kejohanan hoki Remaja Piala Dunia di New Delhi pada tahun hadapan semakin bertambah cerah. Diharap pemain muda negara dapat meneruskan perjuangan untuk layak sekaligus menebus kegagalan skuad senior layak ke Sukan Olimpik.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :625

2 thoughts on “Pasukan hoki remaja Malaysia semakin hampir

  1. Ada LIVE ker? Channel brp? 801?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak perasan ada ke tak.. tapi channel 801 ada ulangan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge