LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan hoki remaja ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasukan remaja Malaysia layak ke perlawanan akhir kejohanan remaja Asia 2012 untuk kali pertama sejak 1992 setelah menumbangkan India di separuh akhir dengan jaringan 2-0 di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka. Kemenangan ini akan menemukan samada Pakistan atau Korea Selatan di perlawanan akhir nanti.
Gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh penyerang sensari negara, Faisal Saari melalui jaringan sudut penalti pada minit ke 40. Mohd Syamim Mohd Yusof seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke 65 seterusnya mengesahkan pasukan hoki remaja untuk ke perlawanan akhir pada hari Ahad ini.

Sumber : Malaysian Hockey Blog


Gol Faisal Saari

Gol Mohd Syamim
Video hoki remaja Malaysia vs India

Semoga berjaya dalam perlawanan terakhir ini. Skuad ini nampaknya cukup berpotensi di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi selepas menang di kejohanan hoki jemputan remaja di Johor Bahru sebelum ini..

Sekian..

p/s :- Rasa cam teringin nak tengok perlawanan akhir ni tapi nak pergi takde member pula.. Ada ke sesiapa yang pergi?
————————————————————-
Update terbaru, Pakistan menumbangkan Korea Selatan dengan keputusan 3-0. Jadi pasukan hoki remaja kebangsaan akan menentang Pakistan di perlawanan akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.