LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Hoki Remaja gagal ke suku akhir

Pasukan hoki remaja negara yang berjaya ke Piala Dunia Remaja 2016 di India gagal untuk melakar kejutakan ke suku akhir hoki  Piala Dunia Remaja 2016 selepas tumpas kepada Belgium.
Pasukan Malaysia yang menamatkan cabaran di tangga ketiga Kumpulan B tumpas kepada pasukan Belgium dengan keputusan 0-3 di Stadium Hoki Major Dhyan Chand.Sebelum melangkah, peluang untuk layak tumpas apatah lagi, pasukan negara perlu untuk membelasah Belgium dengan jaringan yang besar.

The Young Tigers cuba mengasak awal namun gagal mencari jaringan sebaliknya pasukan Belgium yang telah layak ke suku akhir membuka tirai jaringan melalui pemain tengah Gregory Stock Broekx pada minit ke 10. Belgium seterusnya melebarkan jaringan melalui Alexandre Van Linhouth tiga minit sebelum masa pertama tamaat sebelum penyerang Thomas Verheijen menamatkan sisa perjuangan Malaysia pada minit ke 55.
Memang kejayaan sukar dicapai kerana pasukan hoki negara tidak mempunyai persiapan rapi apatah lagi mereka layak secara ‘last minute’ selepas pasukan Pakistan tidak dapat beraksi atas sebab-sebab teknikal.

Semoga para pemain muda negara dapat belajar dalam kejohanan ini terutama ketika berdepan pasukan Eropah seperti Belanda dan Belgium dimana tahap mereka lebih tinggi.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)