LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Hoki Malaysia menumbangkan Pakistan untuk perlawanan klasifikasi 5-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Walaupun pasukan hoki negara tidak berjaya mencapai misi untuk layak ke peringkat separuh akhir kejohanan liga hoki dunia 2013 bagi melayakkan pasukan ke pusingan akhir hoki Piala DUnia 2014 namun masih ada baki perlawanan perlu diharungi. Pada hari ini skuad bimbingan Paul Revington menentang seteru utama, Pakistan bagi memastikan maruah selepas kalah dengan Jerman tempoh hari tidak terus tercalar.
Selaku tuan rumah pastinya skuad hoki negara ingin menamatkan kejohanan ini ditempat terbaik dan klasifikisi 5-6 adalah yang perlu dikejar. Perlawanan antara Malaysia dan Pakistan berkesudahan dengan skuad negara berjaya menumbangkan lawan dengan keputusan 3-1. Pasukan negara berjaya menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke 14 sebelum pemain Pakistan, Shafqat Rasool berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 16.
Pasukan negara berjaya mendahului pada minit ke 18 melalui jaringan penyerang sensasi, Faizal Saari sebelum Tengku Ahmad Tajuddin melebarkan pendahuluan dengan jaringan ketiga skuad negara pada minit ke 38. Pasukan Malaysia berjaya mengekalkan keputusan itu sehingga akhir masa bagi menentukan klasifikasi ke 5 menentang satu lagi pasukan dari Asia iaitu Jepun.

Sekian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pasukan Hoki Malaysia menumbangkan Pakistan untuk perlawanan klasifikasi 5-6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)