LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Bola Sepak Wanita Tumpas Perlawanan Pertama Sukan SEA 2017

Selepas barisan pemain bola sepak lelaki mendapat 3 mata penuh pada perlawanan pertama, skuad wanita pula beraksi menentang skuad Filipina. Namun langkah barisan wanita longlai selepas tumbang ke atas pasukan Filipina dengan keputusan 1-2 di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi.
Malaysia yang turun sebagai pasukan underdog, kerap diserang oleh barisan penyerang lawan sehingga memaksa penjaga gol negara Nurul Azurin Mazlan bekerja keras untuk mengawal gawangnya.

Walaubagaimanapun pemain Filipina Patrice Implido berjaya menghasilkan gol pertama pada akhir separuh masa pertama melalui tandukan hasil daripada sepakan penjuru.
Skuad yang dibimbing oleh Mohd Asyraaf Fong Abdullah berjaya mendapatkan gol pada minit ke 54 melalui Dadree Rofinus. Namun pasukan Filipina berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke 74 melalui Camille Rodrigues.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan pada sebelah petang menyaksikan skuad wanita Thailand menewaskan Myanmar 3-2.

Acara bola sepak wanita kembali dipertandingkan dalam temasya ini selepas kali terakhir dianjurkan di Naypyidaw 2013 dengan menyaksikan Thailand menggondol emas, menewaskan Vietnam 2-1 dalam perlawanan akhir.

Sumber :-Stadium Astro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)