Pasukan Bola Sepak Malaysia bakal berdepan Ukraine ?

Mungkinkah pasukan bola sepak negara yang berada di ranking ke 175 dunia berpeluang untuk berhadapan pasukan Ukraine yang kini menduduki ranking ke 35 dunia ?
Ia pasti sesuatu yang cukup menarik memandangkan betapa jauhnya perbezaan antara kelas bagi kedua-dua pasukan ini.
Dijangkakan peluang itu dapat direalisasikan menerusi kerjasama antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Ukraine melalui Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

Menerusi catatan di Facebook Johor Southern Tigers,Tunku Ismail selaku Presiden FAM telah menerima mengadap Duta Ukraine, Olexander Nechytaylo pada 12 Februari 2018 bagi membincangkan jalinan kerjasama hubungan antara Ukraine dan Malaysia melalui bola sepak.
“Turut dibincangkan adalah mengadakan perlawanan persahabatan kelas A antara pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan kebangsaan Ukraine di bawah bimbingan legenda bola sepak Ukraine, Andriy Shevchenko.

“Ia sebagai pendedahan kepada pasukan kebangsaan dan juga dapat membantu menaikkan kedudukan pasukan kebangsaan dalam ranking FIFA,” menurut catatan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives