LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Negara bermula garang tumpaskan Indonesia

Selepas mempamer aksi baik pada perlawanan persahabatan minggu lalu, skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara memberi khabar baik.
Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee mencatat keputusan memberangsangkan pada perlawanan pertama Kejohanan kelayakan AFC Bawah 23 tahun di Bangkok.
Pada perlawanan peringkat Kumpulan G, skuad bola sepak remaja Malaysia berjaya menumbangkan Indonesia dengan keputusan 3-0.

Pemain muda Kedah, Syafiq Ahmad yang mensia-siakan banyak peluang ketika aksi menentang Myanmar tempohari menebus dengan menjaringkan gol seawal minit ketiga.
Barisan pemain muda negara beraksi baik dan mengawal perlawanan sehingga Jafri Fridaus berjaya menjaringkan gol pada minit ke 20.

Indonesia cuba untuk mendapatkan gol penyamaan namun Thanabalan menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada minit ke 30. Kelebihan tiga gol, menyaksikan pasukan negara mula memperlahankan rentak namun pasukan Indonesia tidak mampu menembusi kubu kuat pasukan negara.
Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada pasukan muda negara untuk meneruskan langkah ke peringkat seterusnya. Pasukan negara kini mendahului Kumpulan G yang turut dihuni pasukan Mongolia dan Thailand.

Peluang pasukan negara mungkin cerah memandangkan Mongolia mungkin boleh diatasi cuma pasukan Thailand pasti mempunyai kekuatan tersendiri. Walaubagaimanapun pasukan negara tidak boleh berpuas hati kerana masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum menuju ke kejohanan utama iaitu Sukan SEA pada bulan Ogos nanti.

Video Highlight antara pasukan bawah 23 Malaysia menentang Indonesia

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Negara bermula garang tumpaskan Indonesia

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)