LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Bola Jaring Rangkul Pingat Emas, Sultan Mizan Rangkul Pingat Emas Equesterian

Seperti diramalkan, pasukan bola jaring wanita negara tidak mengalami masalah besar untuk mengondol pingat emas dalam Sukan SEA 2017.
Selepas berjaya menundukkan pasukan Singapura pada peringkat kumpulan, sekali lagi barisan srikandi negara bertemu lawan sama di peringkat akhir.

Jika pada perlawanan kumpulan skuad negara mencatat keputusan 50-37 pada perlawanan akhir pula skuad negara mencatat mata 65 berbalas 41.
Satu kejayaan yang cukup baik bagi meningkatkan lagi minat bagi rakyat Malaysia untuk meminati sukan bola jaring ini. Semoga sukan ini mampu menjadi antara sukan yang popular di Malaysia memandangkan potensinya untuk pasukan negara.

Sultan Mizan Menang 2 Pingat Emas

Dalam satu perkembangan lain, DYMM Sultan Mizan berjaya membolot 2 emas melalui acara Endurance Individu dan Berpasukan pada pagi tadi.Sultan Mizan berjaya menamatkan penunggangan sejauh 80 kilometer di hadapan atlet senegara, Bulkhari Rozali dan atlet Thailand Warit Khuntarapon.
Beliau berjaya mencatatkan masa 3 jam 48 minit 38 saat. Ia mencatat sejarah sebagai raja pertama memenangi pingat emas di Sukan SEA. Beliau juga mencatat sejarah memecahkan rekod yang dilakukan oleh Sulaiman Muda pada Sukan SEA 2013 yang mencatat 6 jam 26 minit 04 saat. Tahniah Tuanku yang mampu menunggang kuda untuk memberikan kejayaan kepada pasukan negara.

sultan mizan
Sultan Mizan ketika acara Endurance.
Kredit Gambar : Ghazali Kori (H.Metro)
Sultan Mizan bersama pingat yang dimenangi.
Kredit Gambar : BHarian
Please follow and like us:
error0

One thought on “Pasukan Bola Jaring Rangkul Pingat Emas, Sultan Mizan Rangkul Pingat Emas Equesterian

  1. semoga lebih banyak kejayaan dapat dilakar. dengan semangat juang yang tinggi dan usaha tiada yang mustahil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)