Pasukan Bawah 19 Negara ke perlawanan akhir Piala AFF B-19 tumbangkan tuan rumah

Skuad Bawah 19 Tahun Negara hanya selangkah untuk menjulang kejuaraan Piala AFF Bawah 19 Tahun selepas berjaya menumpaskan tuan rumah, Indonesia pada malam Khamis.
Skuad negara yang berhadapan dengan ribuan penyokong Indonesia berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada tempoh permainan sebenar.
Dalam perlawanan tersebut pasukan Malaysia ketinggalan pada minit ke 2 selepas pemain Indonesia yang bermain di kelab Poland, Lechia Gdansk iaitu Egy Maulana meledak gol melalui sepakan penalti.
Tersentak dengan gol tersebut pasukan Malaysia melakukan serangan dan berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui tandukan ketua pasukan Muhammad Syaiful pada minit ke 15.

Tuan rumah terus menyerang namun barisan pemain muda negara dapat menidakkan jaringan sekaligus penentuan sepakan penalti. Penjaga gol negara, Azri menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan yang diambil oleh pemain lawan sekaligus mengesahkan tempat skuad negara di perlawanan akhir bagi bertemu pasukan Myanmar pada 14 Jun (Sabtu ini).
Malaysia tidak pernah menjuarai kejohanan ini walaupun pernah beraksi sebanyak lima kali pada tahun 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017. Semoga pada hari Sabtu ini pasukan bimbingan Bojan Hodak mampu merangkul gelaran buat kali pertama.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Pasukan Bawah 19 Negara ke perlawanan akhir Piala AFF B-19 tumbangkan tuan rumah

Leave a Reply