LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Badminton tumbang di suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Asia

Malaysia terpaksa pulang awal dari kejohanan Badminton Campuran Asia yang berlangsung di Pusat Sukan NguyenDu Cultural Ho Chi Minh, Vietnam sebentar tadi.

Pasukan badminton yang diwakili barisan pemain muda ditunjukkan jalan keluar oleh jagoan China dengan keputusan 0-3.

Pasukan China memungut mata pertama menerusi pasangan beregu campuran utama mereka, Zhang Nan-Chan Qinchen yang menumbangkan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan keputusan 21-14, 21-9.

Pemain perseorangan lelaki China, Shi Yuqi mudah membenam cabaran Lim Chi Wing dengan keputusan 21-7, 21-14.

Pemain beregu no 6 dunia, Li Junhui-Liu Yuchen diberikan tentangan sengit oleh barisan pemain beregu muda negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dengan keputusan 19-21, 22-20,21-10.

China akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir esok.

Sememangnya tiada harapan besar diberikan pada barisan pemain ini namun nampak ada peningkatan dari pemain beregu negara. Walaupun masih baru digandingkan tetapi telah nampak impak yang positif. Semoga mereka mampu melangkah lebih jauh lagi dan dapat diketengahkan ke arena antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pasukan Badminton tumbang di suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)