LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan badminton Selangor bakal diserap ke Akademi BAM

Sungguh bertuah para pemain pasukan Selangor yang berjaya muncul juara Kejohanan Badminton Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM sebentar tadi.
Pasukan badminton remaja Selangor mengungguli saingan lelaki dan wanita sekaligus muncul juara sulung kejohanan yang diadakan di Bukit Kiara itu.
Kejohanan yang menggunakan konsep berpasukan itu menyaksikan pasukan Selangor menumbangkan pilihan utama, Pulau Pinang dalam acara lelaki manakala pasukan perempuan pula menumpaskan Kedah.

Berdasarkan kemenangan tersebut, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria akan membawa keseluruhan pemain tersebut bagi menyertai Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Walaubagaimanapun, keputusan itu bergantung kepada kriteria yang perlu dilepasi oleh para pemain antaranya penilaian kecergasan pemain.

“Saya rasa ini adalah impian kepada semua pemain untuk berlatih di bawah satu bumbung bersama pemain idola mereka.

“Semua pemain tertakluk kepada syarat kami, termasuk ujian perubatan dan pertemuan dengan keluarga mereka,” katanya selepas berakhir kejohanan itu, hari ini.

Norza juga amat berpuas hati dengan penganjuran kejohanan itu dalam mencapai matlamat utama BAM bagi mencungkil bakal sehingga di peringkat akar umbi.

Sumber :-Stadium Astro

Semoga dengan penganjuran ini nanti akan muncul cabaran baru bagi pemain seperti Leong Jun Hao , Goh Jin Wei dan ramai lagi. Dengan bertambahnya para pemain akan meningkatkan persaingan serta menambahkan lagi pemain pelapis. Tidak hanya bergantung pada seorang pemain sahaja seperti yang dihadapi ketika ini. Mungkin transformasi yang dilakukan oleh Presiden BAM yang baru ini telah mula menampakkan hasil dalam tempoh terdekat ini. Selamat berjaya tuan Presiden.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)