LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Badminton Remaja Malaysia Gagal atasi China di Perlawanan Akhir Kejohanan Dunia Remaja Berpasukan Campuran

Impian pasukan badminton remaja Malaysia untuk menjuarai kejohanan Remaja Dunia bagi acara berpasukan campuran terkubur selepas tumpas kepada gergasi badminton, China.
Pasukan Remaja Malaysia tumpas dengan keputusan 1-3 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Yogjakarta, Indonesia pada Sabtu lalu.
Kemenangan ini juga memberikan kejuaraan ke dua belas untuk pasukan China manakala Malaysia terpaksa menunggu lagi selepas kali terakhir memenangi pada edisi 2011.

Pada perlawanan akhir itu, pasangan beregu campuran negara Man Wei CHong-Peraly Tan Koong Lee memulakan aksi dengan memberangsangkan apabila memungut mata pertama menumpaskan Fan Qiuyue-Li Wenmei dengan keputusan 21-12, 9-21, 21-17.
Penyandang Juara Asia acara perseorangan, Leong Jun Hao tumpas kepada Gao Zhengze dengan keputusan 14-21, 18-21.

Pasangan beregu lelaki negara Chang Yee Jun-Ng Eng Cheong tumpas straight set kepada pasangan Fan Qiuyue-Wang Chang dengan keputusan 19-21, 17-21.
Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menjadi harapan pula tumpas kepada pemain CHina Han Yue dengan keputusan 16-21, 22-20, 8-21 sekaligus memisahkan pingat emas untuk dikalungkan kepada pasukan negara.

Barisan Pasukan Badminton Remaja Bercampuran Malaysia

Walaupun tumpas namun ini bukan penamat bagi mereka. Selepas ini pastinya acara individu akan menjadi taruhan barisan pemain muda negara untuk bangkit. Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)