LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan Badminton Piala Sudirman 2017 Negara melangkah ke suku akhir

Pasukan badminton Piala Sudirman 2017 melengkapkan saingan peringkat Kumpulan C selaku naib juara selepas tumbang kepada pasukan Jepun dengan keputusan 2-3.
Kejohanan badminton berpasukan campuran yang berlangsung di Pusat Sukan dan Rekreasi Gold Coast, Australia ini menampakkan kegoyahan barisan pemain badminton negara untuk ke peringkat seterusnya.

Pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal dalam misi membawa mata pertama apabila tumbang kepada pasangan Jepun, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dengan keputusan 21-18, 17-21, 16-21.
Bekas pasangan no 1 dunia ini menampakkan kesukaran untuk mengambil kembali ranking yang telah terlepas pada awal tahun ini.

Pemain perseorangan wanita negara, GOh Jin Wei pula tidak mampu bersaing dengan pemain perseorangan wanita Jepun Akane Yamaguchi selepas tunduk dengan keputusan 6-21, 17-21 dalam masa 32 minit.

Pemain perseorangan lelaki utama, Datuk Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menumbangkan wakil Jepun Yu Igarashi selepas menang 21-8, 21-5.
Barisan pemain beregu wanita negara Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean tidak mampu bersaing dengan beregu wanita Jepun selepas tunduk dengan keputusan 17-21,18-21.

Walaupun telah tumpas, beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing bertungkus lumus untuk menumbangkan pasangan Jepun Yuta Watanabe- Arisa Higashino dengan penentuan tiga set 21-16, 16-21, 21-19.


Malahan dalam perlawanan tersebut ada satu situasi dimana tali raket Lai Pei Jing putus dan terus menukar raket dalam persaingan tersebut.

Apapun semoga pasukan negara akan cuba bersaing di peringkat seterusnya. Namun bukan satu tugas mudah selepas ini .

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)