LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pasukan ATM juara Liga Sepaktakraw tumpaskan Black Panther

Kejohanan Liga Sepaktakraw Malaysia 2015 telahpun melabuhkan tirainya. Kejohanan julung kali diadakan ini mendapat tempat para penyokong sepaktakraw bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara juga.
Penyertaan pasukan handalan serta pemain bertaraf kebangsaan menyerikan lagi pertandingan kali ini.

Gomo Warriors selaku pasukan wakil dari Kelantan mengakhiri cabaran di tangga ketiga selepas menang di set penentuan tempat ke 3/4 menumpaskan Kuala Lumpur City Flyers. Gomo Warriors terpaksa bermain sehingga ke penentuan regut ketiga untuk menang dengan keputusan 2-1.
Regu pertama KL City Flyers, Farid Aziz, Hafiz Rahman dan Muqlis Borhan berjaya menumpaskan regu pertama Gomo Warriors Hisham Mat, Yuslie Jusoff dan Malek Faqimi Idris 21-14,21-10.
Namun regu kedua Gomo Warriors Farhan Adam, Afifudin Razali dan Normanizam Ahmad berjaya mendapatkan mata pertama Gomo Warrior dengan menumpaskan regu KL Aizar Asmi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir dengan keputusan sengit 21-19,22-20.

gomo-vs-kl-city
Regu ketiga trio Kelantan Wan Naim Izani, Aidil Azman Azwawi dan Khairul Hisyam mengesahkan kemenangan menewaskan Ezzat Zaki, Amirul Azhar Roslan dan Syafiq Rahman 21-11, 18-21, 21-16 sekaligus meraih hadiah wang tunai RM10,000 di tempat ketiga manakala KL City Flyer mengutip RM5,000.

Pada perlawanan akhir penentuan juara pula, pasukan ATM melakukan kejutan apabila menumbangkan pasukan pilihan, Black Panthers dari Pulau Pinang dengan keputusan 2-1.
Regu pertama ATM berjaya mendapatkan mata pertama melalui Tunku Azwari, Faizzul Abdul Razak dan Khairudin Adenan selepas menumpaskan regu Pulau Pinang, Fazil Asri, Anuar Samsudin dan Fadzil Mustafa dengan keputusan 21-16, 19-21,21-18.
Regu kedua Black Panther yang dibarisi pemain kebangsaan Syahir Rosdi, Khairol Zaman dan Zaim Razali menyamakan kedudukan 1-1 menumpaskan regu ATM Nazmi Mohd Najib, Shakirin Nasir dan Muhaimi Che Bongsu dengan keputusan 21-15, 21-10.
Regu ketiga ATM yang diwakili Zulfikar Mat Amin, Nazuha Nadzli dan Asrie Isa berjaya mendapatkan mata kemenangan menumpaskan Black Panther yang diwakili Noor Azman, Suhairi Sulaiman dan Anas Hashim dengan keputusan 19-21, 21-14, 21-17 untuk memenangi kejuaraan di Arena Sport Sentosa, Jalan Klang Lama.

Regu ketiga antara ATM menentang Black Panther
Regu ketiga antara ATM menentang Black Panther

Tahniah kepada pasukan ATM yang berjaya membawa pulang RM40,000 selaku juara manakala Black Panther mendapat RM20,000 selaku naib juara. Satu penganjuran yang baik oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia(PSM). Semoga ianya akan dapat membantu mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.
Diharap juga penganjuran ini akan membantu meningkatkan kualiti pasukan sepak takraw Malaysia.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pasukan ATM juara Liga Sepaktakraw tumpaskan Black Panther

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)