Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni nak bercerita pasal pasar malam.. Bukan pasal makanan di pasar malam ataupun bahan dagangan yang dijual oleh samdaddycool tapi pasal satu artikel dalam Harian Metro hari ni (mungkin pembaca Edisi Melaka/ N. Sembilan dapat baca)..
Sedikit info :-
MELAKA : Bermula Mac Depan, semua peniaga di empat pasar malam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), akan memakai pakaian seragam ketika menjalankan perniagaan mereka.
bla..bla..bla..
Datuk Bandar MBMB, Yusof Jantan, berkata pemakaian seragam berkenaan sebagai pengenalan mereka adalah peniaga di situ, selain untuk mengelak pencerobohan terutama peniaga yang tidak mempunyai permit berniaga di pasar malam terbabit.
Wah ini sesuatu yang agak baru bagi saya.. Mungkin bagi yang tinggal di bandar-bandar besar ada yang melaksanakan pemakaian seragam dikalangan peniaganya..
Pada pendapat saya, ianya sesuatu yang bagus.. Selain mempunyai identiti tersendiri ianya akan memberikan pandangan yang menarik.. Takdelah peniaga pasar malam yang kadang-kadang tu ada pakai baju pagoda dan seluar pendek..
Dengan pemakaian seragam ini juga sedikit sebanyak mampu mengukuhkan ukhwah antara peniaga..
Malahan ianya boleh dipraktikkan oleh seluruh peniaga pasar malam seluruh Malaysia.. Tak gitu.. Mungkin juga Petaling Street, Chow Kit Road dan kawasan sewaktu dengannya perlu diseragamkan.
Apa pula pendapat anda??
RSS Feed
Twitter



February 2nd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Pelan2 aku nak terap konsep souq pada PAS Melaka.
Perniagaan mesti dipermudahkan, kerana ramai yang berhenti kilang.
Reply
zool
Reply:
February 3rd, 2009 at 08:13
Konsep Suoq tu apa??
Reply
kalo nk buat pakaian seragam mcm tu, elok ditubuhkan jawatankuasa khas utk uruskan perniagaan pasar malam.. kasi nampak professional sikit.. ye tak?
Reply
zool
Reply:
February 3rd, 2009 at 09:55
Memang pun..
Yang diwajibkan tu telah pun dipersetujui oleh persatuan pasar malam memasing…
Reply
.. seragam??
Pada aku dari segi positif – nampak kemas sebab ada sesetengah peniaga selekeh.
Ok juga kadang-kadang maksik tu asyik salah tanya harga kat customer yang lain.
… Negatif…
asyik pakai baju sama je.
Takde identiti bagi sesetengah peniaga dgn identiti masing-masing. Perlukah kalau kanopi / khemah nampak selekeh lagi, setakat baju je kemas?
.. apa lgi ek??
p/s – kalau aku niaga pasar malam Jasin, ok tak?
Reply
zool
Reply:
February 3rd, 2009 at 09:57
ala mana2 peraturan pasti ada pro n consnya…
tapi bagus gak kalau disyaratkan kanopi n khemah seragam..
ko nak meniaga pasar malam Jasin? Boleh tadahal. Boleh aku lepak2 kat gerai ko nanti..
Reply
samdaddycool
Reply:
February 3rd, 2009 at 22:44
ye… ko bole usya semua customer akuuuu.. anak dara, mak dara… muahahahah
Reply
hahah, lawak gak la.. cam kat pasar tani tu.. tapi sokong gak samdaddycool.. khemah dia tu pun kene seragam r.. baru nampak smart..
Reply
Bagus memang la bagus..Aku setuju..
Tapi yang aku bengang..Diorang ni bukan tahu nak buang sampah sendiri..Tutup gerai pastu tiggalkan sampah kat citu..
Bukan salah peniaga je..Yang pelanggan pun sama takde sivik..
Solution? Sediakan tong sampah la..
Ni based on pengalaman aku..Mesti kotor lepas pasar malam abis..Kat tempat aku la..Sengal diorang ni..
Reply
samdaddycool
Reply:
February 3rd, 2009 at 22:50
Sebenarnya para peniaga dikenakan cas RM1.00 semalaman utk satu tapak.(bermakna kalau dia ada 3 lot tapak, RM3.00 hanya untuk sampah sahaja).
Samada sampah akan diselenggara oleh majlis perbandaran setempat atau JKKK.
Walau bagaimanapun, dah memang budaya orang kita, meriah dengan sampah.
Sepatutnya mjalis perbandaran atau pun JKKK menyediakan tong sampah dengan jarak setiap 5 – 10 meter bagi memudahkan kita melupus sampah.
p/s -aku teringat kecik2 dulu, kalau gi pasar malam, terpaksa cover line utk jatuhkan sampah…
Reply
aku respect dengan sapa yang bukak pasar tani
siap warna seragam maroon
barang2 pun fresh2 dan bagus2
respect aku. payung pun semua standard
mungkin boleh dibuat perkara yg sama kepada pasar malam kot. hehe
Reply
lepas ni orang x pandang rendah lagi la kat peniaga2 pasar malam..hehe
Reply
zool
Reply:
February 4th, 2009 at 17:44
Peniaga pasar malam ni kadang2 pendapatan dia lebih tinggi dari pendapatan penolong pegawai teknologi maklumat cabuk cam saya ni..
Huhuhuhuhuhu
Reply