Pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong dipisahkan

Nampaknya teka teki mengenai pasangan beregu utama negara iaitu Goh V Shem/Tan Wee Kiong terjawab sudah.Selepas aksi menakjubkan pada tahun lalu sehingga berjaya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik serta menjadi pasangan beregu no 1 dunia, secara tiba-tiba pasangan ini longlai.
Aksi di setiap kejohanan tidak menampakkan kejaguhan mereka apabila sering tumpas di peringkat pertengahan. Gandingan ini yang juga baharu beberapa tahun digandingkan nampaknya sudah tidak serasi terutama melihatkan aksi dalam beberapa perlawanan terdahulu.

Menurut Pengarah Teknikal BAM, pemisahan pasangan ini adalah keputusan terbaik biarpun akan ada perubahan dalam kumpulan acara beregu.
Kami (saya dan Soon kit) telah berbincang bersama mereka. Kedua-duanya bersetuju untuk berpisah, tetapi mereka bukannya berhenti bermain,” jelas Frost selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara.
“Kejuaraan Dunia di Glasgow bulan lalu merupakan platform terakhir mereka untuk membuat kejutan tetapi gagal.
“Bekas pasangan No. 1 dunia itu tewas pada pusingan kedua kepada pasangan Korea Selatan Chung Eeu-seok dan Kim Duk-young.
“Ini adalah jalan terbaik. Tidak ada guna untuk memaksa mereka kerana ia tidak berkesan,” jelas Frost.
Jelas Frost lagi, mereka akan mendedahkan pasangan baharu untuk V Shem dan Wee Kiong pada Mesyuarat Jawatankuasa Jurulatih dan Latihan (C&T) pada 18 September ini.
“Saya dan Soon Kit berkongsi pandangan yang sama mengenai V Shem dan Wee Kiong yang perlukan gandingan lebih muda. Ia satu risiko yang kami sedia terima,” ujar Frost.
“Kami belum membuat keputusan lagi, namun semuanya sudah dibincangkan di C&T. Gandingan baharu itu akan diuji pada Kejohanan terbuka Perancis, Terbuka Bitburger (Jerman) , terbuka Macau, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.

Sumber :-MStar

Ligakampung bersetuju dengan keputusan BAM memandangkan usia kedua-dua pemain tersebut juga telah menghampiri angka 30-an. Mungkin mereka perlu digandingkan dengan pemain muda bagi memberikan pengalaman kepada pasangan masing-masing.
Ia perlu bagi menaikkan motivasi pemain sekaligus untuk menjadi pengganti mereka. Secara jujurnya, kami agak kecewa kerana pasangan ini agak cepat mencapai KEMUNCAKnya.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply