Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya minggu lepas saya terpaksa melepaskan wang sebanyak RM8++.++ untuk pembayaran satu barang untuk aset kediaman ..

Memang agak mengigillah nak bagi duit tu.. Huhuhuhu dan ianya masih belum selesai lagi.. Masih ada lagi RM9++.++ yang perlu dikorek untuk menyelesaikan bakinya..

Mungkin ramai dari anda yang memiliki rumah sendiri dan pastinya anda akan pasang grill sebagai langkah keselamatan.. Memanglah dalam era globalisasi ni kebijaksanaan penjahat-penjahat makin bertambah canggih namun ianya sekurang-kurangnya melambatkan mereka..

Grill

Seperti biasa saya akan berkongsi sedikit tips untuk memasang grill di rumah anda..

1. Pertama sekali pastikan anda bertanya dengan mereka-mereka yang pernah memasang grill.. Bandingkan harganya.. Tidak perlu anda memasang grill yang ranggi2 (kecuali anda banyak duit) Cukup grill yang sesuai untuk menyukarkan hantu-hantu memasuki rumah anda..
2. Semak kontraktor terbabit.. Dapatkan sedikit maklumat mengenai kualiti kerja kontraktor yang dipilih.. Menyiapkan grill tidak mengambil masa yang lama.. Jika kontraktor mengatakan bahawa mereka memerlukan lebih dari seminggu untuk memasang grill berhati-hatilah. Mungkin ada udang di sebalik batu..
3. Harga besi memang mahal tetapi melalui pertanyaan dengan rakan-rakan, pemasangan gril biasa bagi satu rumah teres sederhana hanya dalam sekitar RM1,700 - RM 2,000 (setakat hari artikel ini ditulis 11.11.08)..
4. Pemasangan gril perlulah menepati ciri-ciri keselamatan. Ianya tidaklah terlalu berat sehingga sukar untuk kita membukanya…. Ini penting bagi mengelakkan kesukaran untuk menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan.

Ok rasa cukuplah setakat ini perkongsian maklumat mengenai gril rumah.. Sekarang ni tengah mencari idea mana nak tambah duit ni.. Huhuhuhu..

Sambil-sambil tu layan aksi-aksi kucingku di bawah..
Kucing
Seronoknya kucing ni tidor kat katil.. Selamba badak je… Katil si Zool plak tu.. HUhuhuhuhuhu..

Belok
Ni lagi best.. Orang tengah best layan Dragon Ball nampak ekor dia berayun-ayun la plak.. Macam-macam le kucing ni..

Tags: , ,

22 Responses to “Pasang grill rumah”

  1. btol tuh…grill pasang ala kadar cukup la..jgn la melampau grand..nanti sebab grill lak pencuri nak masuk rumah….grill nampak mahal..mesti tuan rumah kaya..hehe

    [Reply]

  2. keselamatan diri paling utama… salam

    [Reply]

  3. wooo…pikor yg berkaler ijau…haha

    [Reply]

  4. Kalau aku jadi perompak.

    Aku akan datang buat2 macam tukang pasang grill, lepas tu aku bukak grill tu bawa balik.

    Dalam kes ni aku rasa baik ko invest beli langsir.

    [Reply]

  5. hahaha..
    ekor belok..

    [Reply]

  6. aku nak pasang grill jugak la… macam best jer…

    [Reply]

  7. Bro, rumah dah ada,gril dah pasang, orang rumah bile lagi?Kengkawan dah selesai dah.Tinggal ko sorang jer.

    [Reply]

  8. aku setuju dgn antara tip yg ko gariskan. biar ada dari xde pasang grill langsung.

    pastu belah dalam pasang langsir tebal supaya apabila rumah ditinggal tidak menampakkan isi rumah.

    tinted juga mainkan peranan.

    aku suka kucing tapi tak suka bela kucing huhu.

    [Reply]

  9. bob.. rumah dah siap..org rumah bile lagi?..:)

    [Reply]

  10. |1f34|-|1r3 –> tuan umah tak berapa kaya.. pasang yang biasa je lah..
    is 150 –> betul..
    spatt –> pikor ada warna lain ke??
    hasbullah –> alamak .. bahaya tu.. kena gi tangkak atau astana moda
    bd fabregas –> tu le ganggu nak tgk dragon ball
    shaxx –> memang best.. lebih2 lagi time nak keluaukan duit bagi kat kontraktor tu..
    KPSU (PA) n ayu –> hm.. susah nak jawab ni..
    megat –> tu memang umah tinggal tu.. tu yang risau tu..

    [Reply]

  11. kalau grill nampak grand, perampok rembat grill pulak.. hehe

    [Reply]

  12. Grill tak perlu gempak, lagi gempak lagi disukai perompak… heheh… Saya pasang grill rumah blan 9 lepas, sama pattern kotak2.

    [Reply]

  13. Tahniah bro.Betul tu umah da siap,org rumah kena lak ada gak sebagai pelengkap.Ha ha.Nanti balik Melaka boleh tengok-tengok umah lu.Aku punya umah tahun depan siap masih dalam pembinaan di tmn Pulai Indah J.Bahru.Dicadangkan agar pasang pintu pagar sliding jenis automatik utk keselamatan dan sistem alarm rumah.Cuba banding harga.Memang beli umah lagi bagus dari beli kete.

    [Reply]

  14. Kat rumah baru gua… gua nak pasang gril pakai aluminium… pasang kat sebelah dalam tingkap dan sliding door..

    pastue pasang CCTV…

    pasang motion detector…

    pasang laser perimeter fence (buat sendiri) pada pagar dan sekitar rumah… (Class III dan Class IV laser)

    bela….. “antu raya” untuk jaga rumah…. hahahaha….

    [Reply]

  15. alamak.. rumah aku pintu depan takde grill..hehe

    yang penting tu kena jugak pelihara rumah dan keselamatan dgn pendinding - ayat quran dsb.. baru la dapat berkat and peace of mind!!

    [Reply]

  16. suka kucing tapi tak suka bela

    rumah baru ye?

    [Reply]

  17. Aku nak tukar grill tingkap tak tukar tukar pun.. lagi.. niatnya lepas raya aritu sejak jiran aku kene rompak habis TV LCD untuk raya semua kena kebas.

    [Reply]

  18. pergh… kena rompak masa raya… betul-betul raya sakan itu penyamun…

    [Reply]

  19. yep grill kena simple tapi cun je. hehe :)

    [Reply]

  20. pemasangan grill ni ada pro n kontranya. Trend trekini kat kawasan rumah aku, pencuri2 tak masuk kut pintu depan atau pintu belakang, coz tahu memang rumah ada pasang grill..tapi masuk melalui atap.

    apapun pemasangan grill biasanya bertujuan utk mengelak daripada rumah mudah diceroboh.

    hakikatnya aku tak suka grill….macam lokap pulak rasa :)

    [Reply]

    zaki blogjer Reply:

    Grill dh jadi mcm keperluan asas plak skrg. Tp klu tngk kat US, diorang tak guna grill, walhal aku rasa jenayah kat sana lg dasyat

    [Reply]

  21. kena sediakan grill bercerucuk untuk atap laa pulak lepas nih. itulah caranya nak suh susahpayahkan derang menyusur melalui atap…

    atau cocok sama paku2 yang tajam daaa… cucuk yang mudah alih punyaa.

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>