Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Panduan Mengubahsuai Rumah

Mengubahsuai rumah memang menjadi sesuatu yang sering dilakukan oleh pemilik rumah. Ini kerana rumah sediada tidak menepati 100% diinginkan pembeli yang mengambil keputusan mengubahsuai apabila mempunyai bajet yang mencukupi.
Walaupun mempunyai bajet namun banyak masalah yang berlaku ketika mengubahsuai rumah. Antara permasalahan biasa seperti kontraktor tidak melakukan dengan baik atau lebih teruk lagi meninggalkan kerja secara tiba-tiba menyebabkan ia terbengkalai. Selain itu, terdapat juga penambahan kos yang melebih bajet yang dianggarkan menyebabkan ia terbengkalai.

Untuk itu, sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian, kita hendaklah mengetahui kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik. Sebelum melantik kontraktor, pelan perancangan untuk projek pengubahsuaian tersebut perlu dilakukan. Kita perlu mengetahui terperinci jenis pengubahsuaian yang ingin dilakukan seperti pengubahsuaian dapur, hiasan dalaman, hiasan luaran atau bilik mandi.
Penetapan pengubahsuaian rumah penting bagi mengelakkan pihak kontraktor mengambil kesempatan menambah kos sekaligus menyebabkan ia melebihi dari bajet yang disasarkan. Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku anda boleh mengikut langkah berikut :-
Panduan Mencari Kontraktor

Panduan Mengubahsuai Rumah

1. Kita perlu mendapatkan 3 sebutharga dari kontraktor berbeza. Jika perlu, dapatkan juga senarai harga dari kedai pembekal bahan binaan bagi melihat sejauh mana keuntungan yang diambil kontraktor dari segi pembelian barang. Ini penting kerana jika kontraktor menawarkan harga terlalu rendah berbanding harga binaan mungkin ada sesuatu yang tersembunyi di situ. Jika terlalu tinggi pula mungkin akan menyukarkan bajet anda.
2. Pastikan kontraktor mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
3. Elakkan dari berurusan dengan kontraktor yang secara tiba-tiba datang ke rumah. Seeloknya dapatkan kontraktor yang dikenali ataupun mempunyai reputasi yang boleh dilihat. Sebagai contoh, kontraktor yang telah membuat rumah berdekatan yang menghasilkan pengubahsuaian berkualiti. Dapatkan juga cadangan rakan-rakan yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian rumah dan tengok hasilnya sendiri.
4. Sediakan dokumen bertulis mengenai kerja-kerja yang perlu dilakukan, bahan yang digunakan, jumlah kos projek serta tarikh mula dan tarikh siap projek. Seeloknya dokumen tersebut dijadikan sebagai perjanjian bertulis dengan mendapatkan pandangan dari segi perundangan. Ini penting sekiranya kontraktor tersebut melanggar perjanjian, kita boleh menyaman mereka.
5. Pastikan anda mendapat resit sebarang pembayaran yang dilakukan. Seeloknya anda mendapat resit juga sekiranya mereka ingin membeli barang sendiri.
6. Jika pihak kontraktor inginkan deposit, mereka hanya layak mendapat tidak lebih dari 10% harga kos projek.
7. Dapatkan pandangan dari mereka yang sering berurusan dengan kontraktor bagi mengelakkan penipuan berlaku.

Begitulah serba sedikit tentang panduan mengubahsuai rumah. Semoga ia mampu menjadi panduan kita dalam memastikan projek pengubahsuaian rumah berjaya.

Sekiranya anda ingin mengubahsuai rumah secara bajet, sila klik gambar di bawah ini,

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Panduan Mengubahsuai Rumah

  1. pengubahsuaian sikit-sikit pun biasanya makan belanja besar, perlu merancang dengan teliti supaya setiap ringgit yang dilaburkan bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)