Pandelela setuju kontrak MSN

Penerjun elit negara Pandelela Rinong bersama Nur Dhabitah Sabri menemui jalan positif dalam menyelesaikan kemelut kontrak dengan Majlis Sukan Negara (MSN).
Pertemuan MSN dengan dua atlet terjun negara itu mendapat kata putus apabila kedua-dua atlet kebangsaan ini bakal menandatangani kontrak pada hari ini.

Pandelela dan Dhabitah sebelum ini mencetus kontroversi apabila menangguhkan usaha menandatangani kontrak baru dengan MSN apabila tidak bersetuju dengan beberapa perkara, namun tidak mendedahkannya secara terperinci.

“Lebih lambat, lebih rugi buat mereka kerana kami tidak dapat proses elaun mereka tetapi pagi tadi kami sudah selesaikan perkara itu. Insya-Allah esok akan selesai semuanya,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Dalam masa sama, MSN menjelaskan tiada keistimewaan diberikan untuk atlet tertentu bagi mendapatkan jurulatih asing, contohnya jika seorang lagi penerjun kebangsaan, Cheong Jun Hoong, mahu kembali berada di bawah bimbingan bekas jurulatih, Yang Zhuliang.

Ia merujuk kepada situasi yang melibatkan atlet karate, Syakilla Salni Jefry Krishnan, yang kembali berlatih bersama Andris Vasiljev di Latvia.

Bagaimanapun, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) baru sahaja mendapatkan khidmat Li Rui dari China untuk membimbing Jun Hoong bersama enam lagi penerjun negara

“Kalau kepentingan individu itu ke arah sesuatu matlamat dan perlu untuk mereka diberikan kelebihan serta menjamin kejayaan, mengapa kami tidak mahu lakukan?” tambah Shapawi.

Sumber :-Stadium Astro

Belajar Berenang ? Perkara Asas Yang Perlu Kita Ketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.