LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pandelela Rinong/ Jun Hoong Hadiahkan Perak Olimpik

Penerjun negara, Pandelela Rinong dan pasangannya Cheong Jun Hong berjaya menghadiahkan pingat perak pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016.
Kemenangan tersebut hadir bagi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

RIO de JANEIRO 09 AUGUST 2016. Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg (kanan) dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10m platform serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio.  NSTP/ROSLI RAHMAT
 Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg (kanan) dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara 10m platform serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. Kredit :- NSTP/ROSLI RAHMAT

Pandelela/ Jun Hoong memungut 344.34 mata, kurang 9.66 mata dari pemenang pingat emas, Chen Ruolin/ Liu Hui Xia dari negara China. Tempat ketiga disandang oleh penerjun dari Kanada, Meaghan Benfeito/ Roseline Fillion dengan memungut 336.18 mata.
Pandelela, 23 tahun yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 akan bertanding pada 17 Ogos dalam acara 10meter manakala Jun Hoong akan bertanding juga dalam acara 3meter springboard pada Jumaat ini.

Malaysia's Cheong Jun Hoong and Pandelela Rinong, bottom, compete during the women's synchronized 10-meter platform diving final in the Maria Lenk Aquatic Center at the 2016 Summer Olympics in Rio de Janeiro, Brazil, Tuesday, Aug. 9, 2016. (AP Photo/Matt Dunham)
 Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong  (AP Photo/Matt Dunham)

Tahniah kepada gandingan penerjun negara. Selepas ini diharap ada lagi kilauan pingat di Rio. Tidak mustahil satu lagi pingat mampu disumbangkan oleh penerjun negara.

Kredit : Getty Images
Kredit : Getty Images
Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Pandelela Rinong/ Jun Hoong Hadiahkan Perak Olimpik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)