Pandelela – Jun Hoong rangkul gangsa Siri Dunia

KUALA LUMPUR: Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meneruskan persembahan baik dengan memenangi pingat gangsa dalam acara synchronized 10m platform wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia di Kazan, Rusia hari ini.

Persembahan pasangan ini memperoleh skor keseluruhan 318.54 untuk menduduki tempat ketiga di belakang juara Lin Shan-Si Yajie dari China (324.24) dan pasangan Korea Utara Kim Mi Rae-Kim Kuk Hyang (320.58).

Pandelela berkata beliau gembira dengan konsistensi yang ditunjukkannya bersama pasangannya, Jun Hoong.

“Kami mendapat gangsa di Kazan! Keseluruhan persembahan kami konsisten dalam Terjun Siri Dunia¬† tahun ini untuk acara synchronized 10m platform, “kata Pandelela di akaun Instagramnya.

“Merasa bersyukur dan bahagia untuk meraih satu lagi kejayaan kerana kali pertama kami memenangi semua siri.”

Jun Hoong berkata prestasi keseluruhan mereka telah baik, setelah memenangi pingat di semua  siri ini.

Pasangan itu memenangi emas pada pusingan ketiga di Montreal minggu lepas. Mereka memperoleh perak di pusingan pembukaan di Beijing dan gangsa pada pusingan kedua di Fuji.

Sumber :-NST

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply