pandelela-nur-dhabitah

Pandelela – Dhabitah raih Perak di Kejohanan Siri Terjun Dunia FINA keempat

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dengan gandingannya Nur Dhabitah Sabri muncul pemenang pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita dalam Siri Terjun Dunia FINA keempat di Windsor, Kanada pada Jumaat lalu.

Pasangan ini berjaya memperolehi 298.80 mata ketinggalan 37.86 pada pasangan dari China, Ren Qian dan Si Yajie yang mengumpul 336.66 mata untuk memungut pingat emas. Pingat gangsa pula diraih oleh pasangan dari Great Britain, Tonia Couch dan Lois Toulson yang memungut 298.62 mata.

Nur Dhabitah digandingkan dengan Pandelela Rinong selepas pasangan asal Pandelela, Cheong Jun Hoong mengalami kecederaan tulang belakang baru-baru ini.

Kedua-dua pasangan ini telah bertarung dalam acara individu 10m platform dan hanya Pandelela Rinong yang akan beraksi di peringkat akhir bagi menentukan kejuaraan antara 5 penerjun lain.

Kejohanan dari 21-23 April di Kanada itu adalah siri terakhir dalam Siri Terjun Dunia FINA untuk tahun ini.

BERNAMA

 

1 thought on “Pandelela – Dhabitah raih Perak di Kejohanan Siri Terjun Dunia FINA keempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.