Pandelela / Cheong Jun raih pingat gangsa Kejohanan Dunia

Pasangan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, pada awal Isnin.
Gandingan penerjun yang memenangi pingat perak Olimpik 2016 Rio itu menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 328.74 mata pada hari ketiga kejohanan.

Pasangan China, Ren Qian dan Si Yajie berjaya meraih emas dengan 352.56 mata manakala pingat perak menjadi milik pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae dan Kim Kuk Hyang yang memungut 336.48 mata.
Pandelela dan Jun Hoong berjaya mendapat mata 106.80 mata bagi meraih ranking pertama pada dua terjunan awal sebelum matanya di pintas oleh pasangan China dan Korea Utara pada terjunan ketiga.

| Kenapa Kita Perlu Belajar Berenang |

Kami sangat gembira dan bersyukur kerana pingat gangsa ini adalah hasil daripada pengorbanan dan usaha gigih kami selama ini. Kami sangat bangga kerana dapat melakukan yang terbaik pada pusingan final.

“Kami berpuas hati dengan pencapaian ini. Selama ini, kami rasa bertuah kerana menjadi antara atlet terbaik dalam negara dan kami tidak akan berputus asa malah akan terus memperbaiki prestasi kami,”kata pasangan negara itu seperti dipetik dalam laman rasmi kejohanan dunia itu.

Esok, kedua-dua penerjun itu akan bersaing dalam acara 10m platform individu manakala penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri akan berganding dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama.

Pada Khamis ini, Nur Dhabitah dan Wendy Ng akan bersaing dalam acara individu 3m papan anjal. – Bernama

Tahniah kepada pasangan penerjun negara yang sekali lagi membawa kilauan pingat untuk negara. Pasti ia akan menjadi motivasi yang tinggi untuk memastikan emas di SUkan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada bulan hadapan.

| MAKLUMAT TERKINI KEJOHANAN AKUATIK DUNIA 2017 |

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

4 thoughts on “Pandelela / Cheong Jun raih pingat gangsa Kejohanan Dunia

Leave a Reply