Pandangan Menteri Belia Sukan mengenai blog
Written by zool on May 15, 2008 – 2:34 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Membaca suratkhabar memang sesuatu yang sering saya buat ketika di rumah selain dari chating dengan kawan-kawan cyber.. Tatkala asyik membaca suratkhabar Utusan saya tertarik mengenai temuramah antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob di mukasurat 10 sempena sambutan Hari Belia yang disambut pada hari ini.
Baca punya baca saya tertarik dengan satu kenyataan beliau yang akan menimbulkan kontroversi di kalangan blogger-blogger semua… Antara kenyataan beliau yang menyakitkan hati saya ialah :-

” Memang banyak blog yang negatif sebab kita tidak ada blog yang positif. Sekarang ni ada satu blog sahaja iaitu blog yang negatif“
Huhuhu.. Satu lagi kenyataan yang merendah-rendahkan martabat semua penulis blog .. Tidak pastilah sama ada ayat Menteri Belia dan Sukan itu salah ditulis oleh wartawan atau memang lahir dari mulut beliau… Saya amat kecewa sekali dengan beliau.. Sebagai seorang Menteri beliau perlu berhati-hati dalam sebarang kenyataan… Adakah benar semua blog negatif??
Dan adakah blog-blog motivasi, kesihatan, perniagaan internet yang wujud itu negatif.. oh.. pleaselah Datuk tolonglah kaji sebelum buat kenyataan… Mustahil dalam 500,000 blog itu tiada satupun yang menambat hati Datuk..
Saya amat berharap agar Menteri Belia dan Sukan bukan setakat hanya turun padang sebaliknya pandang2lah kepada komuniti blog dimana separuhnya adalah belia….
Tak percaya?? Baca di utusan online
p/s :- Ops.. Blog drkhir, chedet, rajaahmadzainuddin, muhammadtaib tu kiranya negatif juga le ek.. Er Dafi ada blog ke??? Negatif jugak ke???
Tags: bapa Dafi, blog negatif, kenyataan Menteri Belia dan Sukan
Posted in Blog |
13 Comments to “Pandangan Menteri Belia Sukan mengenai blog”










May 15th, 2008 at 2:51 pm
Hahahahahaha…….perasaan bercampur baur antara marah, geram, menyampah dan macam2 lagi lah. Jika itu yg disuarakan oleh ayah Dafi tu, rasanya beliau pandai cakap je..sebab lidah tak bertulang. Sepatutnya bila nak bercakap cari fakta dulu, kaji dulu, cuba amati blog2 yang ada, baca dan faham. Jgn hanya baca blog2 yang hanya membangkang kerajaan, cari salah menteri, komen hal2 menteri sahaja atau lebih tepat blog politik. Mereka yg menuduh blog2 yg ada ni negatif adalah mereka yg takde ilmu yang hanya menampakkan kebodohan mereka sendiri. Cam manalah ak memimpin jika cakap dan berfikiran kolot cam tu (alamak nanti kena ISA baru tahu…ooo taknakkkkkkk ) Cam mana Malaysia nak maju dalam bidang e-dagang jika kebanyakan bolg yg ada ni negatif? Kenapa seorng menteri harus merendahkan martabat blogger dan memandang negatif terhadap blog. Pd Ktom, blog memainkan peranan penting dalam menjana ilmu pengetahuan. Pelbagai pendapat boleh kita kongsikan. Byk perkara yg boleh kita belajar dan tahu. Hohoho….kena berhenti setakat ni ler…..nanti boleh buat satu post ttg ni pulak..hahahaha
May 15th, 2008 at 3:21 pm
Apakah kriteria yang dikehendaki untuk menjadi blogger positif??
Dek kerana penangkapan Raja Petra terus semua blogger dicap negatif… Please!!! mungkin negatif pada mata dia…dan belum tentu negatif pada mata orang lain.
Jangan ingat bila sebut aja blog…. semua blog yg ada bertemakan politik. Masih banyak blog yang membicarakan hal2 bermanafaat dengan olahan yg bernas dan berfaedah untuk pngunjung.
May 15th, 2008 at 5:39 pm
alaa blogger kan pemes. dorang jeles ekeke
May 15th, 2008 at 8:35 pm
*
*…mende la lu menteri.. cakap je pandai, entah mana maklumat org sumbat tatau..
jadi menteri sgt tak pandai.. ha ha..
May 16th, 2008 at 12:36 am
Sebab tu dahulukan akal sebelum berkata-kata.
Kata-kata adalah lebih tajam dari tusukan pedang, sekali terluah…nak telan balik, mana bisa.
tapi kita pun janganla terlalu caya sangat…betul ke dia yang kata cam tu. Ntah-ntah dikata lain, tapi yang sampai kat kita lain bunyinya pulak.
Sebab sebelum sampai ke telinga dan mata kita, berita ni kemungkinan telah diolah, ditokok dan ditambah. itu hanya satu kemungkinan…bukan kepastian.
Berblog…bagi saya adalah satu kepuasan sendiri. Dan sehingga hari ini, saya happy dengan blog saya. Walau di spam walau di komen…semangat tak hilang.
May 16th, 2008 at 2:57 am
Mungkin dorang tahu baca yang negatif2 je kot. Yang positif2 dorang tak baca. Dats why dorang boleh cakap yang semua blog adalah negatif.
May 16th, 2008 at 3:25 am
Pada pendapat saya, menteri tersebut tidak tahu wujudnya blog-blog yang positif.
Lagipun banyak blog yang muncul di mata media lebih cenderung kepada politik, personal dan hiburan.
Sebab itu, fikiran menteri tersebut cepat menangkap takrifan yang blog ni hanya digunakan sebagai tempat untuk mencurah idea-idea negatif.
Menjadi tanggungjawab kita supaya memunculkan diri, memberitahu pengguna ruang internet Malaysia adanya baaanyak blog-blog yang positif, bahkan memberi info-info positif.
Andai ada negatif, mesti ada positif.
Andai hitam, mesti ada putih!
-Shueqry-
May 16th, 2008 at 7:04 am
mungkin mereka tak pernah tgk aisyahrozi.com kot. hahaha. blog saya lagi merapu. LOL
May 16th, 2008 at 9:13 am
Salam…
Bob,ko tefon aku hari kenapa bro,?Aku tgh meeting hari tu.
May 16th, 2008 at 10:38 am
ni org yg cakap tak pakai otak
May 16th, 2008 at 1:38 pm
ktom –> memang semua blogger marah.. tak patut menteri merendahkan blogger.. selalu sgt..
afzai –> tak tahu.. apa kriteria blog positif ntah..
lindosh–> ye betul tu..
mohdismail –> sori mail.. ada ayat dibuang..
adila –> blog tak semestinya untuk kepentingan peribadi… ada yang digunakan untuk berkongsi sesuatu..
cyperhacks –> ntah baca ntah tak…. blog pun mungkin tak tau camne.. main cakap je.
shueqry –> mungkin.. sebab media masa asyik menjaja blog mengenai politik sahaja… jarang sekali blog lain diketengahkan..
aisyah –> walaupun merapu tapi skill design blog aisyahrozi.com merupakan yang caiyok bagi saya..
KPSU (PA) –> nanti diberitau..
Nazirah –> pakai otak tapi tanpa berfikir…
May 17th, 2008 at 1:32 pm
Ler, aku tak kesahlah menteri. Kang cakap lebih2 nanti kau orang saman kitaorang. So, kalau kitaorang cakap positif pun ko kata negatif. Aii..yang mana satu yg positif bagi ko wahai menteri?
May 19th, 2008 at 12:30 pm
biarlah org nak kata ape..