Pameran Satu Daerah Satu Industri(SDSI) 2001 di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Photobucket

Sekali lagi Melaka menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2011 pada 9-11 Disember 2011 (jam 10 pagi hingga 10 malam)bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 9 Disember 2011. Tema bagi penganjuran kali ini adalah “Dari Malaysia ke Persada Dunia “.
Sumber :- Blog Miti

Apa yang ada di SDSI Melaka?

- Lebih 500 Booth Pameran & Jualan Produk / Perkhidmatan SDSI ( Pergh. memang banyak tu..)
- Klinik Usahawan ( Er, ini klinik untuk ajar cara jadi usahawan, takde ubat atau jururawat comel ye)
- Seminar Keusahawanan
- Padanan Perniagaan
- Demonstrasi Produk / Perkhidmatan SDSI
- Persembahan Kebudayaan dan Kesenian
- Penampilan Personaliti Televisyen dan Radio Media Prima Berhad ( Macam menarik je ni. Patutlah ada nampak pentas kat sini..)
- Menu Malaysia : Sajian Makanan Popular dari 13 Buah Negeri (Memang terbaik.. Mesti sedap-sedap ni..)

Sumber : GotoMelaka

Kawasan tapak pameran memang dekat sekali dengan tempat kerja si ZOol. Malahan tempat letak kereta terpaksa diubah kerana terdapat banyak khemah di padang tersebut yang digunakan untuk para peniaga mencari peluang. Walaupun esok bermula namun telah terdapat beberapa booth yang telah beroperasi. Si ZOol sempat juga menjengah sekejap di bawah ketika nak pulang. Hampir ditarik oleh usahawan ikan Arowana tapi terpaksa ditolak secara baik kerana rasanya si ZOol tak mampu untuk jadi penternak ikan Arowana ni. Almaklumlah sebelum ni pernah cuba ternak cacing namun gagal. Kemudian bapa cuba buat ikan keli pun gagal. Jadi rasanya bidang ni tak berapa sesuai untuk diri ini..
Mungkin esok akan banyak lagi booth yang akan beroperasi di dalam ruang MITC atau di luar. Insyallah kalau ada kelapangan si ZOol akan cuba round-round dan cerita sikit apa yang ada kat sana. Ooo ye, kalau anda berada di Melaka pada tarikh tersebut apa kata singgah-singgah di MITC untuk melihat pameran produk tempatan. Mana tau ada yang berkenan, boleh sambar satu. Tak pun mana tau ada peluang perniagaan yang boleh diceburi.

Okay cukuplah setakat ini..
Sekian.

Pengunjung Entri Ini :1749

4 Responses

  1. tehrNo Gravatar says:

    tak dapat la aku nak menjenguk
    jauh tu
    yang dekat2 tu, elok sangat cari peluang untuk lebih maju

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. memang byk peluang nak maju

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    mesti mak aku gi sana nih..hoho..

    Reply

  1. 2011/12/09

    [...] waktu rehat selepas solat Jumaat, si Zool sempat singgah ke ‘showcase Satu Daerah Satu Industri’ bertempat di MITC Melaka. Sempat la singgah-singgah dan tengok di dalamnya. Ada 3 lokasi utama [...]

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge