Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Pakej bomoh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya terbaca satu perkara yang sedikit sebanyak menyebabkan menggaru kepala yang tak gatal ni..
Tengoklah artikel dari Harian Metro ni..

JOHOR BAHRU: RM50 untuk demam-demam, RM100 jika muntah-muntah. Begitu harga tawaran ‘pakej sengsara’ ilmu hitam yang ditawarkan segelintir bomoh tidak bertanggungjawab bagi menjerat pelanggan taksub kepada perkara tahyul untuk menganiaya individu dimusuhi mereka.

Harian Metro difahamkan, kewibawaan golongan bomoh sesat itu diukur melalui kesan ilmu sihir terhadap seseorang hingga namanya menjadikan sebutan pelanggan.

Lebih menakutkan, jenis penyakit yang konon mampu dikirimkan kepada mangsa dan tempoh penderitaan disihir bomoh mata duitan itu turut bergantung kepada nilai wang pengeras dibayar pelanggan.

Ini bermakna jika mahu musuh lebih menderita, lebih mahal upah dikenakan bomoh terbabit.

Berita penuh..

Waduh-waduh.. Macam-macam cara orang nak dapat duit sekarang ni ye. . Tanpa mengira halal dan haram. Siap ada pakej tu.. Semakin maju dunia semakin pelik perangai masing-masing.. Seperti yang kita ketahui penggunaan ilmu hitam seperti ’santau’ adalah teramat berdosa sekali.. Bukan sahaja merosakkan akidah malahan kesan jangka panjang juga akan dialami oleh pengamalnya dan juga pelanggan.. Memang perasaan PHD yang melekat di hati menyebabkan nafsu menguasai diri.

Tapi rasanya perkara ni dah diberitau dalam Al-Quran di mana pada akhir zaman, ilmu hitam akan kembali berleluasa… Nampaknya bukan sekadar berkembang sebaliknya menjadi sumber untuk duit bagi bomoh-bomoh sesat ni. Wallahualam..

p/s :- Baru je beberapa hari lepas tengok cerita ‘Jangan Tegur’.. Memang betullah perangai orang kita yang masih melayan bomoh-bomoh ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 70
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

9 comments to Pakej bomoh?

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>