LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pakar Dota 2 dari Malaysia raih RM10.8 juta bersama pasukannya

Kalau zaman masa admin bermain game komputer, ianya adalah aktiviti membuang masa tapi kini ianya telah menjadi acara sukan yang berprestij.
Terdapat ramai anak muda Malaysia yang semakin aktif menceburkan diri dalam bidan e-Sukan ini. Antaranya ialah Tue Soon Chuan atau dikenali sebagai Ah Fu.

Ah Fu, bakal jutawan dengan profession bermain game Dota

Beliau yang beraksi dalam acara e-sukan Dota 2, berjaya meraih wang tunai sebanyak AS$2.5 juta (RM10.8 juta) selepas meraih tempat ketiga dalam acara The International 2017 yang berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat.

Anak kelahiran Selangor itu berjaya meraih ganjaran itu bersama pasukannya team LGD Forever Young yang berpangkalan di China. Walaupun wang tunai itu akan dibahagikan dengan pasukan namun, beliau sudah pasti mampu tersenyum gembira dengan wang yang akan dibawa pulang itu.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui (termasuk admin) bahawa terdapat ramai pemain Malaysis seperti Wong Hoch Chuan yang pernah menjuarai kejohanan ini bersama pasukan Invictus Gaming pada tahun 2012.
Dalam kejohanan The International 2017 kali ini terdapat empat rakyat Malaysia mewakili tiga pasukan berasingan.

Sumber :-MalaysiaKini

Sememangnya satu sukan alaf baru yang boleh diambil perhatian. Malahan boleh dijadikan sebagai profession di masa hadapan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)