Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasmi tidak akan mewakili Malaysia pada saingan Piala AFC 2018.
etiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, ini kerana badan induk bola sepak negara itu, tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan berkenaan, sehingga tarikh yang ditetapkan, Khamis lepas.
Beliau berkata, mengikut peraturan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalkan Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana-mana pasukan lain.

“Oleh sebab itu, juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018. Jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, mereka akan secara automatik mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

“Bagaimanapun, andai JDT berjaya melangkah masuk ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2018, slot Piala AFC 2018 berkenaan akan diberikan kepada pasukan Selangor yang kini diletakkan dalam senarai menunggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC 2018 akan berlangsung di AFC House, Bukit Jalil pada Rabu ini. – Bernama

Amat menyedihkan bila pasukan-pasukan kelab di Malaysia tidak mampu untuk bertanding di Piala AFC. Pasti isunya adalah disebabkan masalah kewangan. Mungkin pasukan kelab perlu mencari inisiatif dan mempunyai mentaliti untuk bersaing hingga ke peringkat luar. Sekiranya hanya di Liga sendiri maka tidak akan membantu perkembangan para pemain yang hanya akan bersaing dengan pasukan tempatan sahaja.

One thought on “Pahang sah tidak sertai Piala AFC, Selangor terpaksa menunggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.