LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pahang juara Piala Emas Raja-raja 2016

KUANTAN: Skuad Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-2 pada aksi final piala itu di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. Kemenangan itu mengulangi kejayaan skuad berkenaan muncul juara pada musim 2011 selepas kali terakhir beraksi di pentas final pada 2014 yang ketika itu tewas kepada Perlis 1-2. Pada perlawanan itu, tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus dalam usaha memburu gol awal sebaik perlawanan bermula. Ternyata usaha gigih itu berhasil apabila kapten pasukan, Mohd Fauzi Rozlan yang bakal menyarung jersi Melaka United (MU) musim depan menjaringkan empat gol sekali gus menewaskan penjaga gol PDRM, Wan Ahmad Wan Sharifuddin pada minit ke-16, 18, 68 dan 69.

Tambahan dua gol Pahang, masing-masing satu gol dijaringkan Muhammad Shahrul Nizam dan Baqiuddin Samsudin pada minit ke-55 dan 78. Dua gol PDRM dijaringkan pemain tengah, Muhammad Afzal Nazri pada minit ke-43 dan 90 yang berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Nur Kamarullah. Pada aksi final itu, dua gol pantas Fauzi atau Kojie pada separuh masa pertama ternyata memberi kesan terhadap persembahan PDRM yang dibimbing Eddy Gapil walaupun berjaya mengurangkan defisit gol 2-1 hasil jaringan dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Namun, sentuhan berbisa Fauzi yang menjaringkan gol ketiga dan keempat peribadinya pada minit ke-68 dan 69 ternyata merencatkan percaturan PDRM. Pada masa masa, Muhammad Shahrul Nizam dan Baqiuddin turut muncul penjaring skuad Pahang sekali gus mengesahkan Pahang muncul juara musim ini. Bagi PDRM pula, misi balas dendam tewas 0-2 kepada Pahang pada peringkat kumpulan tidak kesampaian dan terpaksa berpuas hati selaku naib juara musim ini.

Sumber :- BHarian

Tahniah kepada pasukan Pahang yang bergelar juara Piala Emas Raja-raja 2016 pada tahun ini. Ligakampung mengharapkan agar kejohanan Piala Emas Raja-raja ini dapat di popularkan semula kerana ia boleh menjadi medan bagi pemain tempatan untuk menunjukkan bisanya. Kalau kita lihat dalam perlawanan ini, Fauzi Roslan yang sunyi dalam Liga Super telah menunjukkan taring dalam kejohanan ini.
Mungkin ia boleh memberikan petanda positif untuk jurulatih pasukan yang akan diwakilinya pada musim hadapan.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pahang juara Piala Emas Raja-raja 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)